{"id":5976,"date":"2025-12-14T08:30:05","date_gmt":"2025-12-14T08:30:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5976"},"modified":"2025-12-14T08:30:05","modified_gmt":"2025-12-14T08:30:05","slug":"usul-mic-keluar-bn-zahid-dakwa-belum-terima-surat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/usul-mic-keluar-bn-zahid-dakwa-belum-terima-surat\/","title":{"rendered":"Usul MIC keluar BN, Zahid dakwa belum terima surat"},"content":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang surat atau resolusi rasmi daripada MIC berhubung usul parti itu untuk keluar daripada gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, setakat ini tiada dokumen dikemukakan kepada kepimpinan BN walaupun MIC telah meluluskan usul tersebut dalam Perhimpunan Agung Tahunan ke-79 parti itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak nampak apa-apa resolusi ataupun surat daripada MIC. Jadi sudah tentu kita tidak membuat sebarang keputusan,\u201d katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menjelaskan BN tidak akan membiarkan perkara itu berlarutan tanpa kepastian sekiranya MIC gagal membuat keputusan muktamad.<\/p>\n<p>\u201cKalau mereka tidak dapat membuat keputusan, BN akan membuat keputusan berkaitan kedudukan MIC dalam gabungan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zahid turut mengesahkan tiada sebarang pertemuan diadakan antara BN dan MIC selepas perhimpunan agung parti itu berlangsung.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua parti komponen BN supaya berfikir secara rasional dan jauh sebelum mengambil langkah meninggalkan gabungan yang telah lama dibina.<\/p>\n<p>\u201cLandskap politik akan berubah, dan saya yakin perubahan itu akan berlaku dalam tempoh 24 bulan menuju Pilihan Raya Umum ke-16. Banyak perkara boleh berlaku dan hampir pasti akan berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira perubahan semasa boleh mengundang penyesalan pada masa hadapan.<\/p>\n<p>\u201cSaya cuma ingin ingatkan, jangan menyesal jika keputusan itu tidak selari dengan realiti politik semasa. Saya bimbang ada pihak yang akhirnya berada dalam keadaan tergantung dan itu bukan situasi yang baik,\u201d katanya, tanpa menamakan mana-mana parti.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas kemungkinan IPF diterima sebagai parti teras BN, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut tertakluk sepenuhnya kepada persetujuan semua parti komponen.<\/p>\n<p>\u201cPerlembagaan BN menetapkan bahawa kemasukan mana-mana parti sebagai parti teras mesti dipersetujui secara sebulat suara. Atas sebab itu, bukan sahaja IPF, malah beberapa parti lain juga tidak dapat diterima sebagai parti teras,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang surat atau resolusi rasmi daripada MIC berhubung usul parti itu untuk keluar daripada gabungan berkenaan. Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, setakat ini tiada dokumen dikemukakan kepada kepimpinan BN walaupun MIC telah meluluskan usul tersebut dalam Perhimpunan Agung Tahunan ke-79 parti itu. \u201cSaya tidak nampak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2715,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,2696,1139,377,810],"authors":[],"class_list":["post-5976","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-ipf-malaysia","tag-keluar","tag-mic","tag-usul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5976","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5976"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5976\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5977,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5976\/revisions\/5977"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2715"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5976"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}