{"id":5981,"date":"2025-12-15T02:44:04","date_gmt":"2025-12-15T02:44:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5981"},"modified":"2025-12-15T02:50:10","modified_gmt":"2025-12-15T02:50:10","slug":"kultus-korea-mufti-perlis-yakin-pdrm-sudah-miliki-maklumat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kultus-korea-mufti-perlis-yakin-pdrm-sudah-miliki-maklumat\/","title":{"rendered":"Kultus Korea: Mufti Perlis yakin PDRM sudah miliki maklumat"},"content":{"rendered":"<p>Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai memiliki maklumat lengkap berkaitan dakwaan kegiatan satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang didakwa aktif di Malaysia dan melibatkan beberapa tokoh politik tempatan.<\/p>\n<p>Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media berhubung isu berkenaan, kecuali satu hantaran ringkas di Facebook pada 3 Disember lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, selepas isu itu dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, banyak pihak media dalam dan luar negara menghubunginya, namun beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen buat sementara waktu.<\/p>\n<p>\u201cSejak kenyataan YB Menteri, ramai wartawan bertanya, tetapi saya tidak memberikan maklum balas kerana sedang menimbang beberapa isu lain yang memerlukan perhatian,\u201d katanya menerusi hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keputusannya itu juga didorong oleh keyakinan pihak keselamatan sudah mempunyai gambaran jelas mengenai gerakan terbabit.<\/p>\n<p>\u201cDi samping itu, saya percaya Cawangan Khas tentu mempunyai maklumat tentang hal ini. Pasukan penyelidik yang membentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis juga telah menyiapkan sebuah buku bersama bahan-bahan berkaitan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Asri yang kini berada di Dubai atas undangan Kerajaan Abu Dhabi turut menggesa kerajaan agar memberi perhatian serius terhadap kewujudan unsur kultus yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk atau memesongkan akidah umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan perlu menyiasat, memantau dan mengambil langkah yang perlu demi keamanan serta kebaikan negara,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan satu taklimat berkaitan gerakan kultus itu telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cGerakan ini didakwa membawa ajaran yang sangat janggal dan menyimpang. Ia aktif atas nama keamanan dan keharmonian, tetapi sebenarnya berorientasikan ajaran mereka sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Apa yang lebih membimbangkan, menurut beliau, ialah penglibatan tokoh tertentu.<\/p>\n<p>\u201cYang menimbulkan persoalan, ada juga ahli Parlimen Muslim dan individu penting negara kelihatan aktif menyertai serta membantu gerakan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 11 Disember lalu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan meminta Mohd Asri tampil menyerahkan maklumat berkaitan dakwaan berkenaan bagi membolehkan siasatan dimulakan oleh PDRM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai memiliki maklumat lengkap berkaitan dakwaan kegiatan satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang didakwa aktif di Malaysia dan melibatkan beberapa tokoh politik tempatan. Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media berhubung isu berkenaan, kecuali satu hantaran ringkas di Facebook pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5897,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2670,22,2669,2668,1968,43,2177],"authors":[],"class_list":["post-5981","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dr-asri","tag-kdn","tag-korea","tag-kultus","tag-mufti","tag-pdrm","tag-perlis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5981","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5981"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5981\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5987,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5981\/revisions\/5987"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5897"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5981"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5981"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5981"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5981"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}