{"id":5995,"date":"2025-12-15T04:51:38","date_gmt":"2025-12-15T04:51:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5995"},"modified":"2025-12-15T04:51:38","modified_gmt":"2025-12-15T04:51:38","slug":"platform-media-sosial-besar-disifatkan-berdaftar-mulai-2026-mcmc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/platform-media-sosial-besar-disifatkan-berdaftar-mulai-2026-mcmc\/","title":{"rendered":"Platform media sosial besar disifatkan berdaftar mulai 2026: MCMC"},"content":{"rendered":"<p>Semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) bermula 1 Januari 2026.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, langkah itu dilaksanakan menerusi pengetepian formaliti pendaftaran di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atau dikenali sebagai Peruntukan Deeming.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, pendekatan berkenaan bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna tempatan beroperasi dalam kerangka perundangan dan kawal selia negara secara lebih teratur serta berkesan.<\/p>\n<p>\u201cIni penting bagi menjamin akauntabiliti platform dan pematuhan berterusan terhadap undang-undang Malaysia,\u201d kata MCMC dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Langkah berkenaan juga selari dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025, khususnya dalam usaha memperkukuh tanggungjawab platform terhadap keselamatan pengguna.<\/p>\n<p>MCMC menegaskan fokus utama inisiatif itu adalah melindungi kanak-kanak dan keluarga daripada risiko dalam talian.<\/p>\n<p>Pelaksanaan Peruntukan Deeming akan melibatkan penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan, termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.<\/p>\n<p>MCMC menjelaskan penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, manakala penguatkuasaan baharu hanya berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, MCMC memberi jaminan platform terlibat akan terus beroperasi melalui platform global masing-masing seperti biasa.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan ini sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>MCMC turut menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan serta agensi penguatkuasaan undang-undang bagi memperkukuh keselamatan dalam talian demi manfaat semua pengguna di Malaysia.<\/p>\n<p>Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Peruntukan Deeming boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi MCMC di<strong> <a href=\"https:\/\/www.mcmc.gov.my\/skmmgovmy\/media\/General\/pdf2\/FAQ_Pelaksanaan-Peruntukan-Deeming_15-Disember-2025.pdf.\">https:\/\/www.mcmc.gov.my\/skmmgovmy\/media\/General\/pdf2\/FAQ_Pelaksanaan-Peruntukan-Deeming_15-Disember-2025.pdf.<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) bermula 1 Januari 2026. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, langkah itu dilaksanakan menerusi pengetepian formaliti pendaftaran di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1640,16,405],"authors":[],"class_list":["post-5995","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-lesen-kelas-pemberi-perkhidmatan-aplikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5995","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5995"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5995\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5996,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5995\/revisions\/5996"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5995"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5995"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5995"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5995"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}