{"id":6004,"date":"2025-12-15T07:52:50","date_gmt":"2025-12-15T07:52:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6004"},"modified":"2025-12-15T07:52:53","modified_gmt":"2025-12-15T07:52:53","slug":"jangan-ugut-keluar-ph-dap-diingatkan-hassan-karim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-ugut-keluar-ph-dap-diingatkan-hassan-karim\/","title":{"rendered":"Jangan ugut keluar PH, DAP diingatkan: Hassan Karim"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengingatkan DAP supaya tidak \u201cmenunjuk taring\u201d dengan mengugut untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.<\/p>\n<p>Hassan berkata, pendekatan sedemikian adalah satu kesilapan besar dan tidak adil apabila DAP yang tewas cuba menyalahkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atau PKR atas keputusan pilihan raya tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekalahan adalah tanggungjawab bersama dalam gabungan.<\/p>\n<p>\u201cDAP jangan tunjuk taring, jangan tunjuk kuku. Kita masih saling memerlukan dalam PH. Tak elok ugut-ugut walaupun bahasanya nampak cantik,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota polis yang terlibat kemalangan di Bandar Seri Alam, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan DAP merupakan sebahagian daripada kerajaan dan Kabinet ketika ini yang turut dianggotai menteri daripada UMNO dan Warisan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kalah di Sabah, jangan salahkan Perdana Menteri semata-mata. PKR pun kalah. Ini tanggungjawab bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hassan turut mengingatkan DAP agar tidak menjadikan PH seperti \u2018habis madu sepah dibuang\u2019 dengan meninggalkan gabungan apabila peluang menang dilihat semakin sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Katanya, sejarah menunjukkan DAP pernah beberapa kali keluar daripada gabungan politik selepas gagal membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau mengimbas pengalaman DAP meninggalkan Gagasan Rakyat pada awal 1990-an, keluar Barisan Alternatif selepas pilihan raya 1999 dan 2004, serta keluar Pakatan Rakyat sebelum penubuhan PH pada 2015.<\/p>\n<p>\u201cDAP menyertai gabungan apabila nampak peluang menang. Bila keadaan berubah, jangan terus angkat kaki,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut Hassan, PKR kekal sebagai parti yang konsisten dalam PH sejak awal.<\/p>\n<p>\u201cKalau mahu kerajaan berbilang kaum, kita kena kekal bersama PH dan PKR. Kalau DAP silap langkah, tidak mustahil kuasa politik akan dikuasai sepenuhnya oleh gabungan parti Melayu dan DAP hanya jadi pembangkang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam PRN Sabah pada 29 November lalu, PH hanya memenangi satu kerusi iaitu Melalap melalui calon PKR, Jamawi Ja\u2019afar, manakala DAP tewas di semua lapan kerusi yang ditandingi.<\/p>\n<p>Susulan keputusan itu, DAP memberi tempoh enam bulan kepada kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan institusi, dengan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, menyatakan parti itu akan menilai semula kedudukan dalam Kabinet jika tuntutan tidak dipenuhi, namun kekal menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengingatkan DAP supaya tidak \u201cmenunjuk taring\u201d dengan mengugut untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Hassan berkata, pendekatan sedemikian adalah satu kesilapan besar dan tidak adil apabila DAP yang tewas cuba menyalahkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atau PKR atas keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1051,1139,1821,9,1311,101],"authors":[],"class_list":["post-6004","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-hassan-abdul-karim","tag-keluar","tag-pasir-gudang","tag-pkr","tag-prn-sabah","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6004","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6004"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6004\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6005,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6004\/revisions\/6005"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6004"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6004"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6004"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6004"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}