{"id":6023,"date":"2025-12-16T08:14:06","date_gmt":"2025-12-16T08:14:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6023"},"modified":"2025-12-16T08:15:04","modified_gmt":"2025-12-16T08:15:04","slug":"rombakan-kabinet-zaliha-dan-mohd-naim-digugurkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rombakan-kabinet-zaliha-dan-mohd-naim-digugurkan\/","title":{"rendered":"Rombakan Kabinet: Zaliha dan Mohd Na\u2019im digugurkan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan dua menteri serta seorang timbalan menteri digugurkan, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula pentadbiran Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar tidak lagi menganggotai Kabinet.<\/p>\n<p>Jawatan Dr Zaliha kini diambil alih oleh Hannah Yeoh yang sebelum ini menerajui Kementerian Belia dan Sukan.<\/p>\n<p>Sementara itu, portfolio Hal Ehwal Agama yang dikosongkan Mohd Na\u2019im diserahkan kepada timbalannya, Senator Dr Zulkifli Hassan. Kekosongan jawatan timbalan menteri berkenaan pula diisi oleh pendakwah, Marhamah Rosli.<\/p>\n<p>Dalam rombakan sama, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy turut digugurkan dan digantikan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan dan perubahan tersebut dibuat bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tersusun.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini bertujuan memperkemas struktur Kabinet agar seiring dengan keutamaan semasa kerajaan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Rombakan ini merupakan penstrukturan Kabinet terbaharu selepas rombakan sulung Kerajaan Perpaduan dilaksanakan pada Disember 2023.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI berdepan beberapa kekosongan portfolio menteri susulan peletakan jawatan dan tamat tempoh pelantikan.<\/p>\n<p>Antaranya termasuk peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick pada 8 November lalu, diikuti Rafizi Ramli yang berundur sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.<\/p>\n<p>Nik Nazmi Nik Ahmad pula meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai.<\/p>\n<p>Selain itu, portfolio Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut kosong selepas Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menamatkan tempoh pelantikan sebagai Senator.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan dua menteri serta seorang timbalan menteri digugurkan, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar tidak lagi menganggotai Kabinet. Jawatan Dr Zaliha kini diambil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6024,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,235,374,285,18,2344],"authors":[],"class_list":["post-6023","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-kabinet","tag-kerajaan","tag-madani","tag-pmx","tag-rombakan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6023","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6023"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6023\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6026,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6023\/revisions\/6026"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6023"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6023"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6023"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6023"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}