{"id":6027,"date":"2025-12-16T08:22:00","date_gmt":"2025-12-16T08:22:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6027"},"modified":"2025-12-16T08:33:02","modified_gmt":"2025-12-16T08:33:02","slug":"kerajaan-kekal-dengan-keputusan-pengharaman-vape-tahun-depan-dr-dzulkefly","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-kekal-dengan-keputusan-pengharaman-vape-tahun-depan-dr-dzulkefly\/","title":{"rendered":"Kerajaan kekal dengan keputusan pengharaman vape tahun depan: Dr Dzulkefly"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pengharaman penuh ke atas rokok elektronik atau vape, dengan satu memorandum khusus dijangka dibentangkan pada awal tahun hadapan.<\/p>\n<p>Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Memorandum Jemaah Menteri berkenaan sedang dalam proses dimuktamadkan, selepas tidak sempat dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelumnya.<\/p>\n<p>\u201cMemang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. Saya yakin seberapa segera, seperti yang pernah saya katakan iaitu pada pertengahan 2026 atau selewat-lewatnya hujung tahun hadapan,\u201d katanya dalam sidang akhbar dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau menegaskankeputusan ini akan diteruskan meskipun terdapat pelbagai pandangan, berikutan peningkatan kes-kes kemudaratan kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan vape.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuk cecair vape yang dicemari bahan terlarang seperti ganja sintetik,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari, bersama pakar perunding kesihatan awam, Prof Dr Lokman Hakim Sulaiman, sedang giat menjalankan kajian menyeluruh.<\/p>\n<p>Kajian itu merangkumi kesan dan implikasi perundangan pengharaman vape terhadap masyarakat.<\/p>\n<p>Sebelum ini, diumumkan bahawa pelaksanaan larangan ini akan dilakukan secara berperingkat.<\/p>\n<p>Ia akan bermula dengan pengharaman sistem vape terbuka, sebelum diperluas ke semua jenis peranti vape sehingga meliputi keseluruhan produk tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pengharaman penuh ke atas rokok elektronik atau vape, dengan satu memorandum khusus dijangka dibentangkan pada awal tahun hadapan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Memorandum Jemaah Menteri berkenaan sedang dalam proses dimuktamadkan, selepas tidak sempat dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelumnya. \u201cMemang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3670,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[989,1883,990,591],"authors":[],"class_list":["post-6027","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dr-dzulkefly-ahmad","tag-haram","tag-kkm","tag-vape"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6027","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6027"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6027\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6028,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6027\/revisions\/6028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6027"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6027"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6027"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6027"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}