{"id":6049,"date":"2025-12-17T05:05:11","date_gmt":"2025-12-17T05:05:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6049"},"modified":"2025-12-17T05:05:11","modified_gmt":"2025-12-17T05:05:11","slug":"pas-pertikai-pelantikan-menteri-wilayah-persekutuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-pertikai-pelantikan-menteri-wilayah-persekutuan\/","title":{"rendered":"PAS pertikai pelantikan Menteri Wilayah Persekutuan"},"content":{"rendered":"<p>PAS membangkitkan isu perkauman susulan pelantikan menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan yang kedua-duanya disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina, dengan mendakwa keputusan itu dibuat bukan berasaskan merit atau keperluan dasar.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam menimbulkan kebimbangan, khususnya pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Su Fui sebagai timbalannya, selain pengekalan portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada seorang lagi pemimpin DAP.<\/p>\n<p>\u201cKebetulan, ketiga-tiga jawatan strategik ini dipegang oleh pemimpin daripada latar belakang etnik yang sama. Wilayah Persekutuan bukan portfolio biasa kerana ia mewakili jantung politik dan pentadbiran negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemusatan pentadbiran bandar, perumahan dan kerajaan tempatan di bawah satu parti dan etnik boleh menimbulkan persoalan sah berkait ketidakseimbangan kuasa serta hala tuju sebenar pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Rombakan Kabinet itu menyaksikan Hannah menggantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, manakala Mohd Na\u2019im Mokhtar digugurkan daripada barisan Kabinet baharu.<\/p>\n<p>Takiyuddin mendakwa pelantikan tersebut berkait dengan tekanan politik, termasuk spekulasi ancaman DAP untuk menarik diri daripada kerajaan jika tuntutan tertentu tidak dipenuhi.<\/p>\n<p>\u201cJika jawatan Kabinet digunakan sebagai \u2018bunga emas\u2019 politik, ia merupakan hakisan serius terhadap prinsip kerajaan berintegriti dan melemahkan proses pembentukan dasar negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyuarakan kebimbangan langkah itu bertujuan mengukuhkan dominasi DAP di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama, sekali gus membolehkan dasar perbandaran, penggunaan tanah dan perumahan dibentuk tanpa semak imbang yang telus.<\/p>\n<p>Tambahnya, pemusatan kuasa berkenaan boleh mencetuskan keresahan awam, terutama dengan cadangan undang-undang seperti Akta Pembangunan Semula Bandar yang didakwa berpotensi meminggirkan penduduk bandar berpendapatan rendah.<\/p>\n<p>PAS juga mempersoalkan kesesuaian beberapa pelantikan lain dari segi pengalaman, kompetensi dan kredibiliti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS membangkitkan isu perkauman susulan pelantikan menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan yang kedua-duanya disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina, dengan mendakwa keputusan itu dibuat bukan berasaskan merit atau keperluan dasar. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam menimbulkan kebimbangan, khususnya pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3375,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,350,235,285,1767,2344,2293,2294],"authors":[],"class_list":["post-6049","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-hannah-yeoh","tag-kabinet","tag-madani","tag-menteri-wilayah","tag-rombakan","tag-setiausaha-agung-pas","tag-takiyuddin-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6049","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6049"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6049\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6050,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6049\/revisions\/6050"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3375"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6049"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6049"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6049"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6049"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}