{"id":6072,"date":"2025-12-18T04:10:42","date_gmt":"2025-12-18T04:10:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6072"},"modified":"2025-12-18T04:10:42","modified_gmt":"2025-12-18T04:10:42","slug":"pemandu-e-hailing-bawah-2000km-tak-layak-kuota-tambahan-budi95","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemandu-e-hailing-bawah-2000km-tak-layak-kuota-tambahan-budi95\/","title":{"rendered":"Pemandu e-hailing bawah 2,000km tak layak kuota tambahan BUDI95"},"content":{"rendered":"<p>Pemandu e-hailing yang mencatat jarak perjalanan bulanan kurang daripada 2,000 kilometer (km) tidak layak menerima tambahan kuota petrol di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi bulan berikutnya.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, kelayakan ditentukan berdasarkan rekod jarak perjalanan sebenar yang direkodkan dalam sistem syarikat pengendali e-hailing (EHO) bagi bulan sebelumnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemandu yang berada dalam kategori perjalanan bawah 2,000km akan kekal menerima kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan tanpa tambahan kuota.<\/p>\n<p>\u201cBagi pemandu dengan jarak perjalanan antara 2,000km hingga 5,000km pada bulan sebelumnya, mereka layak menerima tambahan 300 liter BUDI95, menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter termasuk kelayakan asas,\u201d katanya ketika menjawab soalan Senator Dr RA Lingeshwaran pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, pemandu yang mencatat perjalanan 5,000km ke atas pula layak menerima tambahan 500 liter, menjadikan siling kelayakan maksimum 800 liter sebulan.<\/p>\n<p>Amir Hamzah turut memberi amaran tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pemandu atau EHO yang mengemukakan maklumat palsu atau bercanggah dengan rekod sistem.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan berasaskan data perjalanan sebenar ini menutup ruang ketirisan kepada pemandu tidak aktif, pemandu sambilan minimum atau akaun yang disalah guna, di samping memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar bergantung kepada e-hailing sebagai sumber pendapatan utama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Setakat Disember, beliau berkata daripada 164,000 pemandu e-hailing berdaftar, lebih 106,000 atau 65 peratus layak menikmati siling BUDI95 sekurang-kurangnya 600 hingga 800 liter.<\/p>\n<p>Jarak perjalanan bulanan ditentukan melalui penggabungan data semua EHO dan disahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cHanya pemandu warganegara dengan lesen PSV dan permit e-hailing yang sah akan dipertimbangkan. EHO juga diwajibkan mengemukakan rekod perjalanan bulanan yang tepat dan sahih pada awal setiap bulan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, menjawab cadangan rebat tunai bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), Amir Hamzah berkata kerajaan tidak bercadang menggantikan subsidi BUDI95 dengan rebat tunai.<\/p>\n<p>\u201cLangkah itu boleh mengubah tujuan asal BUDI95 dan menjejaskan keberkesanan penyasaran subsidi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemandu e-hailing yang mencatat jarak perjalanan bulanan kurang daripada 2,000 kilometer (km) tidak layak menerima tambahan kuota petrol di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi bulan berikutnya. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, kelayakan ditentukan berdasarkan rekod jarak perjalanan sebenar yang direkodkan dalam sistem syarikat pengendali e-hailing (EHO) bagi bulan sebelumnya. Menurutnya, pemandu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,1798,2309,1902,76,555,296],"authors":[],"class_list":["post-6072","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-budi95","tag-e-hailing","tag-kuota","tag-petrol","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6073,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6072\/revisions\/6073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6072"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}