{"id":6075,"date":"2025-12-18T04:15:42","date_gmt":"2025-12-18T04:15:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6075"},"modified":"2025-12-18T04:15:42","modified_gmt":"2025-12-18T04:15:42","slug":"umno-sabah-senarai-empat-calon-berpotensi-prk-kinabatangan-lamag","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-sabah-senarai-empat-calon-berpotensi-prk-kinabatangan-lamag\/","title":{"rendered":"UMNO Sabah senarai empat calon berpotensi PRK Kinabatangan, Lamag"},"content":{"rendered":"<p>UMNO Sabah sudah mengenal pasti empat individu sebagai calon berpotensi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan Januari depan.<\/p>\n<p>Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin berkata, proses pemilihan calon dibuat berdasarkan kriteria calon boleh menang hasil libat urus bersama pimpinan akar umbi di kawasan terlibat.<\/p>\n<p>\u201cKita telah mengenal pasti beberapa calon dan saya mendengar pandangan yang disuarakan pimpinan di peringkat akar umbi. Insya-Allah perkara ini akan dibawa untuk diputuskan pada masa yang sesuai,\u201d katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah, malam tadi.<\/p>\n<p>Menurut beliau, semua calon yang dikenal pasti merupakan lelaki, muka baharu dan dilihat berpotensi memberikan kemenangan lebih meyakinkan kepada parti di kedua-dua kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>Jafry berkata, UMNO Sabah turut mengambil kira prestasi pilihan raya negeri lalu, termasuk penurunan majoriti undi di DUN Lamag serta faktor kesihatan calon ketika itu, Allahyarham Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan hasrat UMNO Sabah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag bagi Barisan Nasional (BN) telah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, dengan penamaan calon pada 10 Januari dan pengundian awal pada 20 Januari. PRK diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Bung Moktar pada 5 Disember lalu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Jafry menegaskan kepimpinan baharu UMNO Sabah komited untuk meneruskan perjuangan parti secara lebih inklusif dan matang selaras peranan dalam kerajaan perpaduan negeri.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan kami bukan sekadar kestabilan politik, tetapi memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara adil, menyeluruh dan berkesan, serta kebajikan rakyat sentiasa dibela tanpa mengira latar belakang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, UMNO Sabah dan BN akan terus berperanan sebagai rakan kerajaan yang berdisiplin dan bertanggungjawab demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.<\/p>\n<p>Sementara itu, Mohd Salleh Said Keruak dikekalkan sebagai Bendahari UMNO Sabah, manakala Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi dilantik Ketua Penerangan dan Harun Durabi sebagai Penolong Setiausaha.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO Sabah sudah mengenal pasti empat individu sebagai calon berpotensi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan Januari depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin berkata, proses pemilihan calon dibuat berdasarkan kriteria calon boleh menang hasil libat urus bersama pimpinan akar umbi di kawasan terlibat. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5867,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2654,2611,2422,478,1394,2486],"authors":[],"class_list":["post-6075","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-jafry-ariffin","tag-kinabatangan","tag-lamag","tag-prk","tag-spr","tag-umno-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6075","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6075"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6075\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6076,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6075\/revisions\/6076"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6075"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6075"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6075"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6075"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}