{"id":6086,"date":"2025-12-18T08:38:34","date_gmt":"2025-12-18T08:38:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6086"},"modified":"2025-12-18T08:42:03","modified_gmt":"2025-12-18T08:42:03","slug":"dana-inovasi-media-dibuka-januari-2026-peruntukan-rm30-juta-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dana-inovasi-media-dibuka-januari-2026-peruntukan-rm30-juta-fahmi\/","title":{"rendered":"Dana Inovasi Media dibuka Januari 2026, peruntukan RM30 juta: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta akan dibuka bagi fasa pertama bermula 1 hingga 14 Januari 2026, sebagai usaha mempercepat transformasi industri media negara agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembukaan dana itu selari dengan aspirasi Malaysia Madani dan susulan pengumuman Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cDana Inovasi Media diwujudkan untuk menggalakkan penghasilan kandungan yang kreatif, interaktif dan berimpak tinggi, di samping memperkasa kompetensi pengamal media melalui latihan,\u201d katanya semasa sidang mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, dana itu turut menyokong transformasi industri media menerusi pembangunan projek inovatif merangkumi kandungan, teknologi media dan strategi digital, selain memperkukuh daya saing organisasi media dalam menyampaikan maklumat yang tepat, relevan dan bermanfaat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, permohonan dana terbuka kepada syarikat atau organisasi media tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia, serta mempunyai kakitangan pemegang kad perakuan media yang aktif.<\/p>\n<p>Dana berkenaan meliputi empat skop utama.<\/p>\n<p>Pertama, latihan pekerja media sama ada melalui penganjuran latihan dalaman, penyertaan kursus anjuran pihak luar atau gabungan kedua-duanya.<\/p>\n<p>Kedua, perisian dan adaptasi teknologi termasuk pembelian atau sewaan perisian yang diperakukan bagi penghasilan kandungan berkualiti tinggi, selaras dengan perkembangan teknologi global seperti kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>Ketiga, pembelian atau sewaan peralatan, perkakasan dan kemudahan sokongan termasuk peralatan studio dan rakaman bagi menyokong penghasilan kandungan berkualiti.<\/p>\n<p>Keempat, penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) yang merangkumi penghasilan kandungan serta adaptasi teknologi AI dan inovasi digital terkini.<\/p>\n<p>\u201cBagi memastikan penyaluran dana ini dilaksanakan secara berintegriti dan berkesan, syarat kelayakan ditetapkan dengan jelas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang <strong><a href=\"http:\/\/www.komunikasi.gov.my\">www.komunikasi.gov.my <\/a><\/strong>bermula 1 Januari 2026.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, sekiranya perlu, fasa seterusnya akan diumumkan kemudian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta akan dibuka bagi fasa pertama bermula 1 hingga 14 Januari 2026, sebagai usaha mempercepat transformasi industri media negara agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembukaan dana itu selari dengan aspirasi Malaysia Madani dan susulan pengumuman Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wartawan Nasional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6087,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,414,2714,49,184,285,16,231],"authors":[],"class_list":["post-6086","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-dana","tag-dana-inovasi-media","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-madani","tag-mcmc","tag-media"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6086","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6086"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6086\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6090,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6086\/revisions\/6090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6087"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6086"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}