{"id":6091,"date":"2025-12-18T08:44:58","date_gmt":"2025-12-18T08:44:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6091"},"modified":"2025-12-18T08:44:58","modified_gmt":"2025-12-18T08:44:58","slug":"tiada-kenaikan-tol-bagi-10-lebuhraya-pada-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-kenaikan-tol-bagi-10-lebuhraya-pada-2026\/","title":{"rendered":"Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuhraya pada 2026"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan kadar tol bagi tahun 2026, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Fahmi memaklumkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung dan langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.<\/p>\n<p>\u201cSemalam Kabinet telah memutuskan bahawa bagi tahun 2026, 10 konsesi lebuh raya ini tidak akan mengalami sebarang kenaikan tol,\u201d katanya ketika mengulas keputusan mesyuarat berkenaan semasa sidang media mingguan hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan, keputusan mengekalkan kadar tol itu mempunyai implikasi kewangan kepada kerajaan, namun komitmen tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan ini memang ada implikasi kewangan kepada kerajaan, jadi jumlah berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, perincian lanjut mengenai lebuh raya yang terlibat serta jumlah implikasi kewangan akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan rasmi.<\/p>\n<p>\u201cPerincian akan dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya dan insya-Allah kenyataan tersebut akan dikeluarkan hari ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Fahmi menasihatkan pihak media dan orang ramai untuk merujuk kepada kenyataan rasmi Kementerian Kerja Raya bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keputusan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya kenyataan itu belum dikeluarkan, boleh berhubung terus dengan setiausaha akhbar Kementerian Kerja Raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Keputusan kerajaan itu dijangka memberi kelegaan kepada pengguna lebuh raya, khususnya mereka yang bergantung kepada jaringan lebuh raya utama untuk urusan harian dan pekerjaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan kadar tol bagi tahun 2026, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Fahmi memaklumkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung dan langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. \u201cSemalam Kabinet telah memutuskan bahawa bagi tahun 2026, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2261,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,1077,184,2715,1002],"authors":[],"class_list":["post-6091","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kerja-raya","tag-komunikasi","tag-konsesi","tag-tol"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6092,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6091\/revisions\/6092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2261"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6091"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}