{"id":6093,"date":"2025-12-18T08:50:42","date_gmt":"2025-12-18T08:50:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6093"},"modified":"2025-12-18T08:50:42","modified_gmt":"2025-12-18T08:50:42","slug":"kes-1mdb-pembelaan-dakwa-najib-tidak-dibicarakan-secara-adil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-1mdb-pembelaan-dakwa-najib-tidak-dibicarakan-secara-adil\/","title":{"rendered":"Kes 1MDB: Pembelaan dakwa Najib tidak dibicarakan secara adil"},"content":{"rendered":"<p>Menjelang pengumuman keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, pihak pembelaan Najib Razak sekali lagi membangkitkan dakwaan ekas perdana menteri itu tidak diberikan perbicaraan yang adil di Mahkamah Tinggi.<\/p>\n<p>Peguam utama pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah, berkata isu ketidakadilan itu timbul susulan tindakan bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, yang didakwa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa selepas perbicaraan berlangsung.<\/p>\n<p>Menurutnya, Roger sebelum ini enggan menjawab beberapa soalan penting semasa memberi keterangan di mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cRoger memberi alasan terdapat perintah perlindungan dari Amerika Syarikat yang menghalangnya mendedahkan maklumat tertentu di mahkamah,\u201d katanya dalam sidang akhbar hari ini.<\/p>\n<p>\u201cSedangkan maklumat itu relevan dan penting kepada pembelaan, sekali gus mewujudkan ketidakadilan yang jelas kepada Najib kerana keterangan tersebut tidak dapat dipertimbangkan dalam perbicaraan,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Muhammad Shafee turut merujuk kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) bertarikh 12 Disember lalu yang memaklumkan Roger telah menyalurkan maklumat penting berkaitan skandal 1MDB kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata pendekatan sama turut melibatkan individu lain, termasuk bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.<\/p>\n<p>Menurutnya, meskipun Jasmine Loo mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, beliau kekal berada di Malaysia dan ditempatkan di bawah program perlindungan saksi.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini menunjukkan Najib tidak menerima perbicaraan yang adil seperti dijamin di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 Disember ini sebagai tarikh keputusan sama ada Najib dibebaskan atau disabitkan bersalah.<\/p>\n<p>Perbicaraan berprofil tinggi itu berlangsung selama 303 hari, dengan 50 saksi pendakwaan dipanggil.<\/p>\n<p>Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.<\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara dan denda berat seperti diperuntukkan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menjelang pengumuman keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, pihak pembelaan Najib Razak sekali lagi membangkitkan dakwaan ekas perdana menteri itu tidak diberikan perbicaraan yang adil di Mahkamah Tinggi. Peguam utama pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah, berkata isu ketidakadilan itu timbul susulan tindakan bekas pegawai Goldman Sachs, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4404,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2716,58,341,121,2717],"authors":[],"class_list":["post-6093","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb-perbicaraan","tag-mahkamah","tag-muhammad-shafee-abdullah","tag-najib","tag-peguambela"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6093","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6093"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6093\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6094,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6093\/revisions\/6094"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4404"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6093"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}