{"id":6098,"date":"2025-12-18T09:03:55","date_gmt":"2025-12-18T09:03:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6098"},"modified":"2025-12-18T09:03:55","modified_gmt":"2025-12-18T09:03:55","slug":"dewan-negara-mcmc-pantau-kontrak-astro-demi-lindungi-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dewan-negara-mcmc-pantau-kontrak-astro-demi-lindungi-pengguna\/","title":{"rendered":"Dewan Negara: MCMC pantau kontrak Astro demi lindungi pengguna"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memantau pematuhan penyedia perkhidmatan termasuk Astro bagi memastikan ketelusan maklumat serta kejelasan kontrak kepada pengguna sentiasa dipatuhi.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dibuat selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna 2022 (GCC) yang mewajibkan penyedia perkhidmatan memaklumkan semua terma dan syarat kontrak sebelum sebarang perjanjian dimeterai.<\/p>\n<p>\u201cHal ini termasuk tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pengguna serta implikasi sekiranya berlaku pelanggaran kontrak,\u201d katanya ketika menjawab soalan Senator Azahar Hassan di Dewan Negara, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kegagalan mematuhi GCC boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan pengguna, termasuk peniaga kecil, perlu membuat pertimbangan teliti sebelum melanggan sesuatu perkhidmatan dengan memahami tempoh komitmen, had penggunaan, caj tambahan, liputan perkhidmatan serta kesan penamatan kontrak lebih awal.<\/p>\n<p>Mengulas sama ada kementerian bersedia mengarahkan Astro mengeluarkan notis amaran sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil yang tidak menyedari status penggunaan siaran komersial, Fahmi menjelaskan sebarang tindakan undang-undang adalah keputusan komersial berdasarkan terma kontrak yang dipersetujui.<\/p>\n<p>\u201cAstro menawarkan dua jenis pakej langganan utama, iaitu pakej komersial untuk premis perniagaan dengan hak tontonan awam, dan pakej kediaman yang hanya dibenarkan untuk tontonan peribadi di rumah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, larangan penggunaan pakej kediaman di premis komersial telah dinyatakan secara jelas dalam klausa 3.7 terma dan syarat Astro Residential.<\/p>\n<p>Menjawab soalan tambahan mengenai pemantauan MCMC terhadap sumbangan Astro kepada pembangunan kandungan tempatan dan peluang pekerjaan industri kreatif, Fahmi memaklumkan kerajaan tidak lagi menetapkan kuota kandungan tempatan bagi lesen penyiaran baharu.<\/p>\n<p>\u201cDasar ini diputuskan ketika perbincangan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dan untuk lesen baharu, kuota tersebut tidak lagi dikenakan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memantau pematuhan penyedia perkhidmatan termasuk Astro bagi memastikan ketelusan maklumat serta kejelasan kontrak kepada pengguna sentiasa dipatuhi. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dibuat selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna 2022 (GCC) yang mewajibkan penyedia perkhidmatan memaklumkan semua terma dan syarat kontrak sebelum sebarang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2719,698,116,16,983],"authors":[],"class_list":["post-6098","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-astro","tag-dewan-negara","tag-kontrak","tag-mcmc","tag-pengguna"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6098"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6098\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6099,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6098\/revisions\/6099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/33"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6098"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}