{"id":6104,"date":"2025-12-19T12:24:47","date_gmt":"2025-12-19T12:24:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6104"},"modified":"2025-12-19T12:24:47","modified_gmt":"2025-12-19T12:24:47","slug":"pemuda-umno-bantah-keputusan-larangan-hiasan-krismas-dibuat-jaim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-umno-bantah-keputusan-larangan-hiasan-krismas-dibuat-jaim\/","title":{"rendered":"Pemuda UMNO bantah keputusan larangan hiasan Krismas dibuat Jaim"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melarang dapur atau premis mempunyai sijil halal daripada memasang hiasan Krismas sempena musim perayaan yang bakal tiba.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata telah mendapatkan pandangan beberapa mufti berhubung pekeliling berkenaan dan dimaklumkan bahawa hiasan Krismas tidak menjejaskan status halal sesuatu makanan atau minuman.<\/p>\n<p>\u201cPenentuan halal bagi makanan dan minuman ditentukan sepenuhnya oleh sumber bahan serta cara penyediaannya, bukan bergantung kepada dekorasi di dapur atau di premis makanan,\u201d katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>Akmal juga memohon agar Jaim meneliti semula arahan yang melarang sebarang dekorasi Krismas di dapur dan premis yang telah memperoleh sijil halal.<\/p>\n<p>Katanya, isu berkenaan juga telah dibangkitkan kepada rakan sejawatannya dalam kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam supaya arahan itu diperhalusi.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bantahannya dibuat secara terbuka kerana beranggapan larangan tersebut tidak munasabah dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, jika ada penyediaan makanan dan minuman di gereja yang disediakan oleh bukan Muslim, tetapi sumber makanan itu halal dan cara penyediaannya betul, maka makanan tersebut tetap halal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Akmal turut memaklumkan perbincangan dengan beberapa mufti mendapati mereka sependapat bahawa penentuan halal bergantung kepada bahan dan proses penyediaan, bukan elemen hiasan.<\/p>\n<p>\u201cDekorasi tidak ada kena mengena dengan status halal,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tambah beliau, keputusan Jaim itu wajar dikaji semula kerana disifatkan sebagai tidak adil dan berpotensi memberi kesan negatif kepada pengusaha premis serta keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melarang dapur atau premis mempunyai sijil halal daripada memasang hiasan Krismas sempena musim perayaan yang bakal tiba. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata telah mendapatkan pandangan beberapa mufti berhubung pekeliling berkenaan dan dimaklumkan bahawa hiasan Krismas tidak menjejaskan status halal sesuatu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,2721,2723,2722,1405,171,146],"authors":[],"class_list":["post-6104","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-hiasan","tag-jaim","tag-krismas","tag-larangan","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6104","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6104"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6104\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6105,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6104\/revisions\/6105"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6104"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6104"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6104"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6104"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}