{"id":6106,"date":"2025-12-19T12:27:39","date_gmt":"2025-12-19T12:27:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6106"},"modified":"2025-12-19T12:27:39","modified_gmt":"2025-12-19T12:27:39","slug":"pmx-utamakan-kestabilan-ekonomi-bukan-pilihan-raya-awal-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-utamakan-kestabilan-ekonomi-bukan-pilihan-raya-awal-amk\/","title":{"rendered":"PMX utamakan kestabilan ekonomi, bukan pilihan raya awal: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen lebih awal adalah langkah berprinsip bagi menjamin kestabilan ekonomi negara, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.<\/p>\n<p>Dnish membidas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang mendakwa tindakan itu berpunca daripada ketakutan selepas prestasi Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah.<\/p>\n<p>Menurut Danish, tuduhan tersebut adalah cetek dan menunjukkan kepanikan parti yang semakin hilang relevan.<\/p>\n<p>\u201cAMK mengecam keras kenyataan pimpinan Armada yang cuba menggambarkan Anwar sebagai \u2018takut\u2019.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan ini bukan sahaja tidak cerdik, malah memperlihatkan kepanikan politik sebuah parti yang ketandusan hala tuju,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, cubaan mengaitkan keputusan pilihan raya negeri dengan kononnya kegagalan kepimpinan nasional hanyalah helah untuk menutup kegagalan Bersatu membina keyakinan rakyat di seluruh negara.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Harris mendakwa keputusan di Sabah menyebabkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hilang keyakinan dan memerlukan lebih masa untuk meningkatkan sokongan.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen sesuka hati adalah keputusan bertanggungjawab, demi kestabilan ekonomi dan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cHanya pemimpin yang gagal mentadbir sahaja melihat pilihan raya sebagai alat menyelamatkan diri,\u201d kata Danish lagi.<\/p>\n<p>Beliau menekankan rakyat masih ingat siapa yang menyebabkan ketidaktentuan politik dan mengkhianati mandat yang diberikan.<\/p>\n<p>Tindakan kerajaan saat ini, katanya, adalah bukti komitmen terhadap tanggungjawab mengurus negara dengan amanah, bukan didorong oleh kepentingan pilihan raya semata-mata.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen lebih awal adalah langkah berprinsip bagi menjamin kestabilan ekonomi negara, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin. Dnish membidas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang mendakwa tindakan itu berpunca daripada ketakutan selepas prestasi Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah. Menurut Danish, tuduhan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2000,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,105,2724,73,549,952,309],"authors":[],"class_list":["post-6106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-armada","tag-awal","tag-bersatu","tag-bubar","tag-danish-hairudin","tag-parlimen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6107,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6106\/revisions\/6107"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6106"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}