{"id":6125,"date":"2025-12-19T13:08:14","date_gmt":"2025-12-19T13:08:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6125"},"modified":"2025-12-19T13:08:14","modified_gmt":"2025-12-19T13:08:14","slug":"video-tular-pelajar-tahfiz-dikasari-zahid-gesa-tindakan-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/video-tular-pelajar-tahfiz-dikasari-zahid-gesa-tindakan-segera\/","title":{"rendered":"Video tular pelajar tahfiz dikasari, Zahid gesa tindakan segera"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menggesa tindakan undang-undang diambil segera terhadap individu yang didapati bersalah mengasari dan mendera pelajar tahfiz, susulan beberapa insiden keganasan yang tular kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, sebarang bentuk kekerasan dan penderaan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima, apatah lagi apabila ia berlaku dalam institusi pendidikan agama yang sepatutnya membentuk akhlak, ihsan dan kasih sayang.<\/p>\n<p>\u201cSaya memandang serius dan melahirkan kekesalan yang mendalam terhadap insiden-insiden yang melibatkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah serta rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n<p>Menurut Zahid, perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tindakan tegas perlu dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menegakkan keadilan dan mencegah kejadian berulang.<\/p>\n<p>Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan tindakan seorang tenaga pengajar didakwa memukul pelajarnya menggunakan topi keledar, manakala dalam kejadian lain seorang pelajar dilihat menggelupur kesakitan akibat dirotan bertalu-talu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Zahid menegaskan insiden berkenaan tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cMajoriti institusi tahfiz, guru dan para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebagai langkah memperkukuh perlindungan pelajar dan tadbir urus institusi tahfiz, beliau memaklumkan kerajaan sedang mempergiat usaha melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 yang dijadualkan dilancarkan tahun hadapan.<\/p>\n<p>Dasar itu akan menumpukan aspek penguatkuasaan undang-undang, pemantapan kurikulum, pemerkasaan modal insan, peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau berkata Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia akan dilancarkan sempena Himpunan Huffaz 2025 di Bagan Datuk sebagai mekanisme menyeragamkan kualiti institusi tahfiz, termasuk kebajikan pelajar dan pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berakhlak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menggesa tindakan undang-undang diambil segera terhadap individu yang didapati bersalah mengasari dan mendera pelajar tahfiz, susulan beberapa insiden keganasan yang tular kebelakangan ini. Beliau menegaskan, sebarang bentuk kekerasan dan penderaan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima, apatah lagi apabila ia berlaku dalam institusi pendidikan agama yang sepatutnya membentuk akhlak, ihsan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6126,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,2731,2730,2381,56,146],"authors":[],"class_list":["post-6125","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-pukul","tag-tahfiz","tag-timbalan-perdana-menteri","tag-tular","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6125","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6125"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6125\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6127,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6125\/revisions\/6127"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6126"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6125"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6125"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6125"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6125"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}