{"id":6149,"date":"2025-12-21T00:59:04","date_gmt":"2025-12-21T00:59:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6149"},"modified":"2025-12-21T02:27:47","modified_gmt":"2025-12-21T02:27:47","slug":"nadi-on-wheels-bantu-mangsa-banjir-pahang-kekal-berhubung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nadi-on-wheels-bantu-mangsa-banjir-pahang-kekal-berhubung\/","title":{"rendered":"NADI On Wheels bantu mangsa banjir Pahang kekal berhubung"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menggerakkan inisiatif NADI On Wheels ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bukit Setongkol bagi menyokong keperluan internet serta kebajikan komuniti yang terjejas akibat banjir di Pahang.<\/p>\n<p>Inisiatif tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada mangsa banjir, termasuk kemudahan internet percuma, saringan kesihatan asas serta aktiviti Program Perkhidmatan Pintar NADI yang disesuaikan dengan keperluan komuniti setempat.<\/p>\n<p>Langkah itu bertujuan memastikan mangsa kekal berhubung, mendapat maklumat yang tepat dan dapat meneruskan urusan penting walaupun berada dalam situasi bencana.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, pengoperasian NADI On Wheels dilaksanakan susulan peningkatan jumlah kawasan terjejas banjir dan pembukaan beberapa PPS di Pahang.<\/p>\n<p>Bermula 19 Disember 2025, pasukan NADI On Wheels digerakkan ke PPS Bukit Setongkol bagi membantu mangsa, khususnya dari segi akses digital dan sokongan berasaskan komuniti.<\/p>\n<p>\u201cNADI On Wheels berperanan membawa kemudahan teknologi terus ke lapangan bagi memastikan mangsa banjir tidak terputus akses kepada internet dan maklumat penting, selain menyokong kesejahteraan komuniti terjejas,\u201d kata MCMC dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Kenderaan NADI On Wheels dilengkapi dengan kemudahan satelit Starlink, tenaga solar mudah alih, komputer riba, tablet, projektor serta capaian Wi-Fi percuma, sekali gus berfungsi sebagai pusat perkhidmatan bergerak di kawasan bencana.<\/p>\n<p>Pendekatan ini membantu mengekalkan kesinambungan akses digital walaupun dalam keadaan mencabar.<\/p>\n<p>NADI On Wheels merupakan inisiatif MCMC yang bertindak sebagai platform perkhidmatan bergerak untuk menyediakan capaian internet dan sokongan komuniti secara terus di lapangan, khususnya kepada golongan rentan, kawasan pedalaman serta lokasi yang terkesan akibat bencana.<\/p>\n<p>\u201cMCMC akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menggerakkan NADI On Wheels ke PPS lain yang dikenal pasti dari semasa ke semasa, selaras dengan usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi dalam kalangan rakyat,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menggerakkan inisiatif NADI On Wheels ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bukit Setongkol bagi menyokong keperluan internet serta kebajikan komuniti yang terjejas akibat banjir di Pahang. Inisiatif tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada mangsa banjir, termasuk kemudahan internet percuma, saringan kesihatan asas serta aktiviti Program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6150,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1674,1333,16,2078,972],"authors":[],"class_list":["post-6149","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-banjir","tag-mangsa","tag-mcmc","tag-nadi-on-wheels","tag-pahang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6149","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6149"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6149\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6151,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6149\/revisions\/6151"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6150"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6149"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6149"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6149"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6149"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}