{"id":6153,"date":"2025-12-21T02:29:58","date_gmt":"2025-12-21T02:29:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6153"},"modified":"2025-12-21T02:29:58","modified_gmt":"2025-12-21T02:29:58","slug":"keselamatan-internet-jadi-fokus-utama-kementerian-komunikasi-pada-2026-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keselamatan-internet-jadi-fokus-utama-kementerian-komunikasi-pada-2026-fahmi\/","title":{"rendered":"Keselamatan internet jadi fokus utama Kementerian Komunikasi pada 2026: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi akan memberi tumpuan utama kepada pengukuhan keselamatan internet dan penambahbaikan penyampaian maklumat kerajaan pada 2026, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani yang menekankan kesejahteraan dan keadilan untuk rakyat.<\/p>\n<p>Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan diperkasakan menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2.0 yang diperluaskan bukan sahaja kepada kanak-kanak dan remaja, malah melibatkan ibu bapa serta masyarakat secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa gagal kalau kita hanya sediakan internet yang laju dan murah, tetapi tidak selamat. Sebab itu Kempen Internet Selamat 2.0 akan dilaksanakan secara lebih agresif dan berskala besar,\u201d katanya dalam satu temu bual khas Bernama.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kempen itu akan dibawa menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko digital seperti buli siber, penipuan dalam talian dan penyalahgunaan platform media sosial, termasuk peranan penting ibu bapa dalam melindungi anak-anak.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan bahawa kementerian akan memperkukuh perlindungan pengguna melalui pengoperasian Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) oleh MCMC serta pembangunan Sistem Alamat Nasional (NAS) bagi menyokong perkhidmatan awam dan ekonomi digital.<\/p>\n<p>Mengulas aspek perundangan, Fahmi berkata 2025 mencatat pencapaian penting apabila pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang tertangguh lebih sedekad akhirnya berkuat kuasa pada Februari lalu.<\/p>\n<p>\u201cPindaan ini membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap kes seperti buli siber, penipuan dalam talian, doxing dan akaun palsu. Ini bukti kesungguhan kerajaan memastikan undang-undang kekal relevan dengan cabaran digital,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengakui kes kematian pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha pada 2024 akibat buli siber sebagai detik paling menyayat hati sepanjang perkhidmatannya, namun tragedi itu menjadi pemangkin perubahan sistem.<\/p>\n<p>\u201cMalangnya, satu nyawa terkorban sebelum perubahan berlaku. Tetapi kini mangsa mempunyai ruang untuk mendapatkan keadilan melalui fasal khas dan tribunal anti buli,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi aspek komunikasi kerajaan, Fahmi menegaskan pendekatan penyampaian maklumat perlu berubah mengikut segmen sasaran dan platform yang digunakan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cTak guna maklumat itu baik kalau tak sampai atau tak difahami. Kita kena faham di mana rakyat berada dan bagaimana mereka menerima maklumat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan 2025 sebagai tahun mencabar tetapi membanggakan, dengan kejayaan Malaysia mengemudi Kepengerusian ASEAN serta penubuhan Majlis Media Malaysia selepas lebih lima dekad diperjuangkan.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan ini adalah amanah besar yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan rakyat dan industri media,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi akan memberi tumpuan utama kepada pengukuhan keselamatan internet dan penambahbaikan penyampaian maklumat kerajaan pada 2026, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani yang menekankan kesejahteraan dan keadilan untuk rakyat. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan diperkasakan menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2.0 yang diperluaskan bukan sahaja kepada kanak-kanak dan remaja, malah melibatkan ibu bapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5187,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[32,49,186,184,16,187],"authors":[],"class_list":["post-6153","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bernama","tag-fahmi-fadzil","tag-internet","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-selamat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6153","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6153"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6153\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6154,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6153\/revisions\/6154"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6153"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6153"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6153"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6153"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}