{"id":6166,"date":"2025-12-21T15:25:34","date_gmt":"2025-12-21T15:25:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6166"},"modified":"2025-12-21T15:25:34","modified_gmt":"2025-12-21T15:25:34","slug":"kerajaan-berjaya-jimat-rm800-juta-sejak-pelaksanaan-budi95","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-berjaya-jimat-rm800-juta-sejak-pelaksanaan-budi95\/","title":{"rendered":"Kerajaan berjaya jimat RM800 juta sejak pelaksanaan BUDI95"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta sejak pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula 30 September lalu, hasil penyasaran subsidi petrol yang lebih berkesan, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata penjimatan itu dicapai apabila subsidi RON95 kini hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta kegiatan penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.<\/p>\n<p>\u201cSetiap hasil penjimatan ini dipulangkan semula kepada rakyat melalui STR dan SARA, selain digunakan untuk menaik taraf klinik dan hospital, membaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, isu penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih dua dekad lalu oleh kerajaan terdahulu, namun tiada langkah tuntas diambil sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan Kerajaan Madani memilih untuk melaksanakannya demi memastikan dana awam disalurkan secara adil dan tepat kepada golongan yang berhak.<\/p>\n<p>\u201cKeberanian politik diperlukan untuk melakukan pembaharuan besar, dan BUDI95 adalah langkah penting memastikan subsidi benar-benar sampai kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter.<\/p>\n<p>Tanpa subsidi, harga bahan api itu adalah RM2.60 seliter.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini menegaskan penjimatan hasil penyasaran subsidi akan terus digunakan bagi memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan meningkatkan kualiti perkhidmatan asas, selari dengan matlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat serta kelestarian kewangan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta sejak pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula 30 September lalu, hasil penyasaran subsidi petrol yang lebih berkesan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata penjimatan itu dicapai apabila subsidi RON95 kini hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta kegiatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1798,645,285,2740,76,18,296],"authors":[],"class_list":["post-6166","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-budi95","tag-harga-minyak","tag-madani","tag-penjimatan","tag-petrol","tag-pmx","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6166","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6166"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6166\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6167,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6166\/revisions\/6167"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6166"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6166"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6166"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6166"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}