{"id":6175,"date":"2025-12-22T03:29:33","date_gmt":"2025-12-22T03:29:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6175"},"modified":"2025-12-22T03:29:33","modified_gmt":"2025-12-22T03:29:33","slug":"lesen-judi-sanusi-sahkan-kerajaan-kedah-akan-teruskan-tindakan-undang-undang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lesen-judi-sanusi-sahkan-kerajaan-kedah-akan-teruskan-tindakan-undang-undang\/","title":{"rendered":"Lesen Judi: Sanusi sahkan kerajaan Kedah akan teruskan tindakan undang-undang"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Kedah bertegas meneruskan tindakan undang-undang bagi mempertahankan keputusan tidak memperbaharui lesen premis perjudian dan loteri dengan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pendirian kerajaan negeri tidak akan berubah kerana ia selari dengan mandat rakyat yang memilih pentadbiran sedia ada untuk melaksanakan dasar berteraskan nilai yang diperjuangkan.<\/p>\n<p>\u201cKita tak akan berhenti di sini, kita akan terus lawan. Saya kecewa dengan keputusan itu, namun perjuangan ini belum tamat. Kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan,\u201d katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-41 dan pelancaran jentera PRU-16 PAS Kawasan Sik.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan negeri berharap hujah yang dikemukakan nanti dapat disampaikan dengan jelas dan difahami oleh mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah hasrat rakyat yang memilih kita sebagai kerajaan negeri. Kenapa pilihan rakyat tidak dihormati?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Disember lalu yang menolak rayuan Kerajaan Kedah melalui keputusan majoriti 2-1, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi arahan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perjudian adalah tidak berperlembagaan.<\/p>\n<p>Mahkamah Rayuan memutuskanhal ehwal perjudian dan loteri berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan kerana lesen ejen serta pengusaha perjudian dikeluarkan dan dikawal selia oleh kementerian berkenaan.<\/p>\n<p>Muhammad Sanusi menegaskan kerajaan negeri bertindak berdasarkan kuasa sedia ada dan dasar yang telah diputuskan.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah menjadi kerajaan, jadi kita berhak menggubal dasar yang jelas. Polisi kita ialah tidak lagi memperbaharui lesen premis judi di Kedah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan dasar itu dicabar oleh 12 operator perjudian, termasuk dua dari Kedah, manakala selebihnya dari luar negeri.<\/p>\n<p>\u201cKes ini dibawa oleh peguam daripada DAP yang menentang kita di mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, Kedah hanya mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu yang lebih awal menghalang perkembangan aktiviti perjudian.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan keputusan mahkamah menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaan Islam sebagai agama Persekutuan dalam kerangka undang-undang sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cKes ini satu pengajaran besar. Walaupun Islam agama Persekutuan, pelaksanaannya masih terikat dan terbatas,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Kedah bertegas meneruskan tindakan undang-undang bagi mempertahankan keputusan tidak memperbaharui lesen premis perjudian dan loteri dengan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pendirian kerajaan negeri tidak akan berubah kerana ia selari dengan mandat rakyat yang memilih pentadbiran sedia ada untuk melaksanakan dasar berteraskan nilai yang diperjuangkan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1883,145,125,981,58,124],"authors":[],"class_list":["post-6175","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-haram","tag-judi","tag-kedah","tag-lesen","tag-mahkamah","tag-sanusi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6175","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6175"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6175\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6176,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6175\/revisions\/6176"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6175"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6175"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6175"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6175"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}