{"id":6191,"date":"2025-12-22T09:59:51","date_gmt":"2025-12-22T09:59:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6191"},"modified":"2025-12-22T09:59:51","modified_gmt":"2025-12-22T09:59:51","slug":"sprm-kaji-kos-bawa-pulang-aset-1mdb-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-kaji-kos-bawa-pulang-aset-1mdb-laporan\/","title":{"rendered":"SPRM kaji kos bawa pulang aset 1MDB: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menilai keperluan logistik dan kos yang terlibat bagi membawa pulang aset bernilai tinggi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut sumber, proses membawa pulang aset kini sedang berjalan dan melibatkan koordinasi rapi dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>\u201cAset yang berada di bawah jagaan Sotheby\u2019s Auction House di Amerika Syarikat sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke Malaysia melalui penghantaran khas.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, aset yang berada di bawah Christie\u2019s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat, khususnya dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat,\u201d katanya dipetik laporan Sinar Harian.<\/p>\n<p>Sumber itu menjelaskan, kos pemulangan aset adalah tinggi kerana melibatkan keperluan penyimpanan khas, pemeriksaan berkala, rawatan konservasi serta penyelenggaraan berterusan.<\/p>\n<p>\u201cSemua ini memerlukan perancangan teliti dan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan antarabangsa,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Pemulangan aset berkenaan dipersetujui hasil perbincangan dua hala antara SPRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang berlangsung di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu.<\/p>\n<p>Difahamkan, sebanyak 12 lukisan bernilai tinggi yang dikaitkan dengan Jasmine Loo kini berada di bawah jagaan Christie\u2019s dan Sotheby\u2019s.<\/p>\n<p>Antara karya terbabit ialah Pablo Picasso (1961) &#8211; L\u2019Ecuyere et les clowns, Joan Mir\u00f3 (1953) &#8211; Composition, William H Bailey &#8211; Still Life, Alexander Calder &#8211; Studies for Sculpture dan Henri Matisse &#8211; Femme Assise, dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi AS$30 juta.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata siasatan terhadap pelbagai kategori aset masih diteruskan merangkumi hartanah, aset kewangan dan aset bernilai tinggi di beberapa bidang kuasa.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan terkini turut melibatkan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB, Tang Keng Chee atau Casey Tang, yang dikaitkan dengan pemilikan kediaman mewah di luar negara serta penyelewengan melibatkan firma guaman asing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menilai keperluan logistik dan kos yang terlibat bagi membawa pulang aset bernilai tinggi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkenaan. Menurut sumber, proses membawa pulang aset kini sedang berjalan dan melibatkan koordinasi rapi dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat. \u201cAset yang berada di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2408,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,821,334,2753,1465,959,2689,58,24,21],"authors":[],"class_list":["post-6191","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-amerika-syarikat","tag-aset","tag-doj","tag-hartanah","tag-jho-low","tag-lukisan","tag-mahkamah","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6191","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6191"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6191\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6192,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6191\/revisions\/6192"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2408"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6191"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6191"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6191"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6191"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}