{"id":6200,"date":"2025-12-23T07:32:19","date_gmt":"2025-12-23T07:32:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6200"},"modified":"2025-12-23T07:32:19","modified_gmt":"2025-12-23T07:32:19","slug":"sprm-rampas-lebih-rm8-bilion-hasil-rasuah-sepanjang-2025-kes-ismail-sabri-tertinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-rampas-lebih-rm8-bilion-hasil-rasuah-sepanjang-2025-kes-ismail-sabri-tertinggi\/","title":{"rendered":"SPRM rampas lebih RM8 bilion hasil rasuah sepanjang 2025, kes Ismail Sabri tertinggi"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan kejayaan besar apabila merampas dan memulihkan hasil rasuah berjumlah lebih RM8.4 bilion melalui pelbagai tindakan penguatkuasaan dari awal tahun hingga 30 November lalu.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan SPRM, nilai sitaan aset merupakan komponen tertinggi iaitu RM6.82 bilion, dengan RM6.26 bilion daripadanya disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).<\/p>\n<p>Selain itu, sebanyak RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009.<\/p>\n<p>\u201cAset bernilai RM36.14 juta turut dibekukan di bawah AMLATFPUAA 2001, manakala pelucuthakan aset melibatkan RM7.49 juta dilaksanakan melalui beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta SPRM 2009 dan Kanun Tatacara Jenayah,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>SPRM turut memaklumkan kutipan kompaun mencecah RM49.58 juta, manakala kaedah pemulihan aset lain menyumbang RM1.49 bilion, menjadikan keseluruhan nilai pemulihan aset tahun ini sebagai antara yang tertinggi pernah direkodkan.<\/p>\n<p>Dari segi operasi, SPRM menerima sebanyak 6,114 maklumat berkaitan rasuah sepanjang tempoh berkenaan.<\/p>\n<p>Hasilnya, 966 kertas siasatan dibuka dan 1,128 tangkapan dilakukan, yang membawa kepada 445 pertuduhan serta 189 sabitan di mahkamah.<\/p>\n<p>Analisis tangkapan menunjukkan sektor swasta mencatat jumlah tertinggi dengan 504 individu, diikuti penjawat awam seramai 423 orang, orang awam (163), kakitangan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC (34) dan empat ahli politik.<\/p>\n<p>Dari sudut jantina, lelaki mendominasi statistik tangkapan dengan 904 orang berbanding 224 wanita.<\/p>\n<p>SPRM menjelaskan bahawa nilai rampasan dan sitaan tersebut merangkumi siasatan berprofil tinggi, termasuk kes melibatkan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, serta beberapa operasi khas seperti Op Rentas, Op Tiger, Op Metal dan Op Sky.<\/p>\n<p>\u201cPencapaian ini membuktikan komitmen SPRM untuk bertindak tegas bukan sahaja dari aspek tangkapan dan pendakwaan, malah memberi fokus serius kepada pemulihan aset sebagai senjata utama melawan rasuah dan jenayah kewangan,\u201d kata SPRM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan kejayaan besar apabila merampas dan memulihkan hasil rasuah berjumlah lebih RM8.4 bilion melalui pelbagai tindakan penguatkuasaan dari awal tahun hingga 30 November lalu. Menurut kenyataan SPRM, nilai sitaan aset merupakan komponen tertinggi iaitu RM6.82 bilion, dengan RM6.26 bilion daripadanya disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1053,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[252,1330,24,21],"authors":[],"class_list":["post-6200","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ismail-sabri","tag-rampasan","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6200"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6201,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6200\/revisions\/6201"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1053"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6200"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}