{"id":6202,"date":"2025-12-23T07:38:02","date_gmt":"2025-12-23T07:38:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6202"},"modified":"2025-12-23T07:38:02","modified_gmt":"2025-12-23T07:38:02","slug":"hantaran-media-sosial-pemimpin-dap-boleh-cetus-ketegangan-kata-kian-ming","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hantaran-media-sosial-pemimpin-dap-boleh-cetus-ketegangan-kata-kian-ming\/","title":{"rendered":"Hantaran media sosial pemimpin DAP boleh cetus ketegangan, kata Kian Ming"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan \u201cmeraikan\u201d yang dimuat naik Yeo Bee Yin di media sosial baru-baru ini berpotensi menjejaskan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Madani, kata Ong Kian Ming.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen DAP itu berkata, perbalahan terbuka antara parti gabungan akibat kenyataan sedemikian boleh melemahkan keupayaan kerajaan untuk berfungsi dengan berkesan dalam tempoh baki kira-kira dua tahun pemerintahan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan itu juga berisiko menggugat persefahaman politik yang telah dipersetujui antara PH dan BN, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSiapa tahu, ini mungkin antara faktor yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan Nasional menjelang pilihan raya akan datang, yang akhirnya merugikan PH dan para penyokongnya,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau menambah, dalam suasana perayaan Krismas, pendekatan memaafkan wajar diutamakan demi matlamat yang lebih besar.<\/p>\n<p>\u201cSemoga kita dapat memaafkan, walaupun tidak semestinya melupakan, demi perdamaian dan usaha membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Bee Yin memuat naik hantaran berbunyi \u201cAnother reason to celebrate this year end\u201d bersama pautan berita bertajuk \u201cNo house arrest for Najib\u201d.<\/p>\n<p>Hantaran berkenaan dibuat beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Najib Razak berhubung pelaksanaan Titah Adendum bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani melalui tahanan rumah.<\/p>\n<p>Reaksi tersebut mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin BN, khususnya UMNO, sehingga ada yang mengugut untuk menilai semula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Kiang Ming berkata tidak wajar \u201cmencurahkan minyak ke dalam api\u201d dengan kenyataan yang boleh memburukkan lagi sentimen antara komuniti.<\/p>\n<p>Katanya, tindakan meraikan keputusan mahkamah secara terbuka boleh dilihat sebagai tidak peka terhadap perasaan sebahagian masyarakat Melayu.<\/p>\n<p>\u201cAda yang mungkin tidak menyokong Najib, tetapi pada masa sama tidak mahu melihat seorang bekas Perdana Menteri diaibkan. Sudah tentu mereka juga tidak selesa melihat pemimpin daripada parti yang mereka tidak gemari \u2018meraikan\u2019 keputusan itu di media sosial,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan \u201cmeraikan\u201d yang dimuat naik Yeo Bee Yin di media sosial baru-baru ini berpotensi menjejaskan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Madani, kata Ong Kian Ming. Bekas Ahli Parlimen DAP itu berkata, perbalahan terbuka antara parti gabungan akibat kenyataan sedemikian boleh melemahkan keupayaan kerajaan untuk berfungsi dengan berkesan dalam tempoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[263,63,2217,121,2754,2755],"authors":[],"class_list":["post-6202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adendum","tag-dap","tag-kes-mahkamah","tag-najib","tag-ong-kian-ming","tag-tahana-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6204,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6202\/revisions\/6204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6202"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}