{"id":6207,"date":"2025-12-23T07:53:33","date_gmt":"2025-12-23T07:53:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6207"},"modified":"2025-12-23T07:53:54","modified_gmt":"2025-12-23T07:53:54","slug":"ekonomi-negara-tunjuk-isyarat-positif-menjelang-2026-dosm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-negara-tunjuk-isyarat-positif-menjelang-2026-dosm\/","title":{"rendered":"Ekonomi negara tunjuk isyarat positif menjelang 2026: DOSM"},"content":{"rendered":"<p>Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan isyarat yang semakin kukuh apabila Indeks Pelopor (IP) merekodkan peningkatan tahunan 3.6 peratus kepada 116.2 mata pada Oktober 2025 berbanding 112.2 mata dalam tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).<\/p>\n<p>DOSM memaklumkan peningkatan itu mencerminkan momentum ekonomi yang meyakinkan dan memberi gambaran awal arah tuju ekonomi negara menjelang 2026.<\/p>\n<p>Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata lonjakan IP didorong oleh prestasi memberangsangkan dalam tiga komponen utama yang mencatatkan pertumbuhan dua digit.<\/p>\n<p>\u201cPertumbuhan kukuh ini dipacu oleh Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan yang meningkat 51.2 peratus, Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain sebanyak 39.2 peratus serta Import Benar Semi Konduktor yang melonjak 32.4 peratus,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, prestasi bulanan IP turut mencatatkan peningkatan 2.6 peratus pada Oktober 2025 selepas mengalami penurunan selama dua bulan berturut-turut.<\/p>\n<p>Peningkatan ini disokong oleh prestasi import logam asas berharga dan logam bukan ferus lain yang naik 1.8 peratus. \u201cPerkembangan positif ini menggambarkan momentum ekonomi yang lebih kukuh menjelang 2026,\u201d katanya.<\/p>\n<p>DOSM turut memaklumkan trend jangka panjang terlicin IP telah melepasi paras 100 mata pada Oktober 2025, satu petunjuk penting kepada prospek ekonomi yang lebih optimis.<\/p>\n<p>Menurut jabatan itu, pertumbuhan ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, khususnya dalam import barangan perantaraan serta prestasi positif sektor perkhidmatan dan pembuatan.<\/p>\n<p>Dalam menilai kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) turut mencatatkan peningkatan tahunan 2.7 peratus kepada 129.9 mata berbanding 126.5 mata pada Oktober tahun lalu.<\/p>\n<p>DOSM berkata pertumbuhan 15.3 peratus dalam Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencerminkan pendapatan pekerja yang lebih kukuh dan kesinambungan peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>\u201cPada asas bulanan, IS meningkat 0.6 peratus, didorong oleh kenaikan gaji dan upah benar dalam sektor pembuatan serta nilai caruman KWSP,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan isyarat yang semakin kukuh apabila Indeks Pelopor (IP) merekodkan peningkatan tahunan 3.6 peratus kepada 116.2 mata pada Oktober 2025 berbanding 112.2 mata dalam tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). DOSM memaklumkan peningkatan itu mencerminkan momentum ekonomi yang meyakinkan dan memberi gambaran awal arah tuju ekonomi negara menjelang 2026. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2103,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,82,615,68,285,38,18],"authors":[],"class_list":["post-6207","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-dosm","tag-dr-mohd-uzir-mahidin","tag-ekonomi","tag-madani","tag-malaysia","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6207","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6207"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6207\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6208,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6207\/revisions\/6208"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2103"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6207"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6207"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6207"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6207"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}