{"id":621,"date":"2025-06-06T15:52:21","date_gmt":"2025-06-06T15:52:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=621"},"modified":"2025-06-06T15:52:21","modified_gmt":"2025-06-06T15:52:21","slug":"mcmc-nafi-dakwaan-projek-data-telefon-data-dikumpul-hasilkan-statistik-rasmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-nafi-dakwaan-projek-data-telefon-data-dikumpul-hasilkan-statistik-rasmi\/","title":{"rendered":"MCMC nafi dakwaan projek &#8216;Data Telefon&#8217; : Data dikumpul hasilkan statistik rasmi"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan pengumpulan data telefon bimbit (MPD) bertujuan untuk menghasilkan statistik rasmi bagi menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti.<\/p>\n<p>Penjelasan MCMC itu sebagai respon kepada artikel yang dilaporkan sebuah portal luar negara berhubung permintaan data telefon daripada pembekal rangkaian mudah alih (MNO) dengan memberi jaminan kepada orang ramai tiada kebocoran akan berlaku.<\/p>\n<p>\u201cMCMC ingin memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan menegaskan bahawa tiada Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang diakses, diproses, atau didedahkan,\u201d kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu lagi, pengumpulan data itu bertujuan untuk menghasilkan analisis laporan dalam dua bidang utama iaitu sektor ICT dan pelancongan.<\/p>\n<p>\u201cMPD digunakan hanya untuk penghasilan statistik rasmi bagi menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti dalam dua bidang utama:<\/p>\n<p>\u201cSektor ICT: Menghasilkan statistik terperinci seperti bilangan langganan jalur lebar mudah alih aktif dan kadar penembusan di peringkat negeri, daerah, mukim, kawasan parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), dan pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n<p>\u201cSektor Pelancongan: Menjana penunjuk seperti bilangan pelawat dan perjalanan pelancongan domestik.\u201d<\/p>\n<p>MCMC berkata tiada pelanggan individu boleh dikenal pasti melalui data yang dikumpulkan dan menegaskan pelaksanaan MPD itu dijalankan dengan kerjasama badan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan MPD sebagai sumber baharu statistik negara adalah satu hala strategik yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi memperkukuh kualiti dan ketepatan masa output statistik untuk tujuan dasar dan perancangan.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan MPD dilakukan melalui kerjasama dengan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Data Raya dan Sains Data.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang dua tahun yang lalu, perbincangan mendalam dengan semua Pembekal Rangkaian Mudah Alih (MNO) telah dijalankan bagi memastikan kefahaman bersama mengenai keperluan data, proses, serta langkah perlindungan privasi,\u201d kata kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Jelasnya lagi, inisiatif itu selari dengan amalan terbaik antarabangsa dan mencontohi projek serupa yang telah dilaksanakan di negara-negara seperti Indonesia dan Brazil, di mana data telekomunikasi yang dianonimkan digunakan untuk meningkatkan statistik negara sambil sepenuhnya melindungi privasi pengguna.<\/p>\n<p>Terdahulu, portal <em>South China Morning Post<\/em> melaporkan syarikat-syarikat telekomunikasi diminta untuk menyerahkan rekod terperinci panggilan telefon dan penggunaan internet.<\/p>\n<p>Laporan itu mendakwa MCMC meminta log panggilan dan internet terperinci untuk tiga bulan pertama tahun ini, berkemungkinan bagi projek &#8220;Data Telefon Bimbit&#8221; kerajaan, menurut laman berita itu yang memetik dua sumber industri tdak dinamakan.<\/p>\n<p>Laporan itu menyatakan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan.<\/p>\n<p>South China Morning Post mendakwa telah melihat surat yang dihantar kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan pengumpulan data telefon bimbit (MPD) bertujuan untuk menghasilkan statistik rasmi bagi menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti. Penjelasan MCMC itu sebagai respon kepada artikel yang dilaporkan sebuah portal luar negara berhubung permintaan data telefon daripada pembekal rangkaian mudah alih (MNO) dengan memberi jaminan kepada orang ramai tiada kebocoran akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":622,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[437,49,439,16,440,441,438],"authors":[],"class_list":["post-621","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-data","tag-fahmi-fadzil","tag-ict","tag-mcmc","tag-pelancongan","tag-scmp","tag-telefon"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/621","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=621"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/621\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":623,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/621\/revisions\/623"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=621"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=621"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=621"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=621"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}