{"id":6221,"date":"2025-12-23T14:16:27","date_gmt":"2025-12-23T14:16:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6221"},"modified":"2025-12-23T14:16:27","modified_gmt":"2025-12-23T14:16:27","slug":"keputusan-mahkamah-cetus-persoalan-nilai-titah-diraja-kata-anak-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keputusan-mahkamah-cetus-persoalan-nilai-titah-diraja-kata-anak-najib\/","title":{"rendered":"Keputusan mahkamah cetus persoalan nilai titah diraja, kata anak Najib"},"content":{"rendered":"<p>Nazifuddin Najib menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah semalam yang memutuskan Titah Adendum tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi tujuan tahanan rumah, sambil menyifatkannya membawa implikasi besar terhadap kedudukan titah serta dokumen diraja di negara ini.<\/p>\n<p>Menurut anak Najib Razak itu, keputusan semalam seolah-olah menggambarkan sebarang titah atau dokumen diraja tidak mempunyai nilai tanpa melalui proses kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan sekadar soal ayah saya. Ini soal makna yang lebih besar terhadap sistem yang selama ini kita junjung,\u201d katanya dalam satu kenyataan peribadi yang dimuat naik di Facebook.<\/p>\n<p>Nazifuddin berkata, hari keputusan itu diumumkan merupakan saat yang amat menyedihkan buat keluarganya, walaupun beliau menyedari ada pihak yang meraikannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya kenal ayah saya. Bossku tidak akan mengalah dan akan terus berjuang. Tetapi sebagai seorang anak, saya tertanya-tanya, bilakah semua ini akan berakhir?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh soal prinsip yang diperjuangkan UMNO sejak sekian lama berkaitan kedaulatan Raja-Raja Melayu.<\/p>\n<p>\u201cDalam sekelip mata, keputusan semalam seolah-olah meruntuhkan maruah dan kedudukan institusi tersebut. Mesejnya jelas, tanpa proses kerajaan, dokumen diraja tidak membawa nilai,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Nazifuddin mempersoalkan mengapa perkara berkaitan isu proses tidak dijelaskan lebih awal.<\/p>\n<p>\u201cMengapa kami perlu berulang-alik ke mahkamah selama ini jika akhirnya addendum itu dianggap tidak sah?\u201d soalnya sambil menyatakan kepercayaannya Titah Adendum berkenaan adalah sah dan kuasa sebenar terletak pada Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Beliau juga membangkitkan persoalan mengenai konsistensi kerajaan dalam isu proses, termasuk kes-kes terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cDi manakah konsistensi? Atau adakah ini semua satu pembohongan besar kepada rakyat?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai Najib yang masih menjalani hukuman di Penjara Kajang, Nazifuddin mengingatkan bahawa ia bukan perkara baharu.<\/p>\n<p>\u201cIni sudah masuk tahun keempat. Jika benar kehendak Tuanku yang terdahulu, maka penahanan ini adalah tidak adil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menutup kenyataannya dengan menyatakan keyakinan bahawa rakyat mampu menilai sendiri perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>\u201cMasa akan menentukan segalanya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nazifuddin Najib menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah semalam yang memutuskan Titah Adendum tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi tujuan tahanan rumah, sambil menyifatkannya membawa implikasi besar terhadap kedudukan titah serta dokumen diraja di negara ini. Menurut anak Najib Razak itu, keputusan semalam seolah-olah menggambarkan sebarang titah atau dokumen diraja tidak mempunyai nilai tanpa melalui [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5175,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,2757,121,2435,1559,865,1297,146],"authors":[],"class_list":["post-6221","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-diraja","tag-najib","tag-nazifuddin","tag-raja-raja","tag-tahanan-rumah","tag-titah-adendum","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6221","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6221"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6221\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6222,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6221\/revisions\/6222"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6221"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}