{"id":6229,"date":"2025-12-24T07:57:39","date_gmt":"2025-12-24T07:57:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6229"},"modified":"2025-12-24T07:57:39","modified_gmt":"2025-12-24T07:57:39","slug":"umno-tak-berani-tinggalkan-dap-kata-dr-mahathir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-tak-berani-tinggalkan-dap-kata-dr-mahathir\/","title":{"rendered":"UMNO tak berani tinggalkan DAP, kata Dr Mahathir"},"content":{"rendered":"<p>Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sebenarnya tidak berani meninggalkan DAP walaupun lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap parti itu, kerana bimbang kedudukan pemimpin mereka terancam jika hilang kuasa dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Menurut bekas perdana menteri itu, kenyataan UMNO yang kononnya mahu menilai semula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan hanyalah retorik politik dan tidak lebih daripada \u201csembang\u201d semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cReaksi UMNO nampak macam marah kepada DAP, tapi hakikatnya mereka sedar kalau UMNO tak ada dalam kerajaan, pemimpin mereka akan berdepan dengan tindakan mahkamah,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Dr Mahathir berkata, meskipun UMNO kelihatan keras terhadap DAP, realitinya parti itu tetap menjadi penyokong kuat kerana kebergantungan politik yang wujud.<\/p>\n<p>\u201cKalau DAP tak ada, kerajaan jatuh. Bila kerajaan jatuh, UMNO pun jatuh juga. Jadi nak cakap boleh, nak buat tak berani,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyindir kepimpinan UMNO yang menurutnya hanya cuba mencipta drama politik tanpa tindakan sebenar.<\/p>\n<p>\u201cUMNO cuba nak ada ribut, tapi sebenarnya tak ada ribut. Akhirnya UMNO akan tunduk kepada DAP,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus selepas Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan sudah tiba masanya parti itu memperhalusi semula kerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan reaksi terhadap kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, yang didakwa keterlaluan berhubung nasib bekas Presiden UMNO, Najib Razak.<\/p>\n<p>Asyraf menyifatkan kenyataan itu sebagai melampau dan tidak berperikemanusiaan.<\/p>\n<p>\u201cJika tidak mampu menzahirkan simpati, jangan keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Namun, bagi Dr Mahathir, pendirian UMNO jelas tidak akan berubah.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya UMNO sudah dikongkong dan dikuasai oleh DAP,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sebenarnya tidak berani meninggalkan DAP walaupun lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap parti itu, kerana bimbang kedudukan pemimpin mereka terancam jika hilang kuasa dalam kerajaan. Menurut bekas perdana menteri itu, kenyataan UMNO yang kononnya mahu menilai semula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan hanyalah retorik politik dan tidak lebih daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1483,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,459,285,121,865,146,2550],"authors":[],"class_list":["post-6229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-dr-mahathir","tag-madani","tag-najib","tag-tahanan-rumah","tag-umno","tag-yeo-bee-yin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6230,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6229\/revisions\/6230"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6229"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}