{"id":6233,"date":"2025-12-24T08:07:45","date_gmt":"2025-12-24T08:07:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6233"},"modified":"2025-12-24T08:07:45","modified_gmt":"2025-12-24T08:07:45","slug":"rm18-bilion-lebihan-cukai-dikreditkan-lhdn-percepat-bayaran-tertunggak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm18-bilion-lebihan-cukai-dikreditkan-lhdn-percepat-bayaran-tertunggak\/","title":{"rendered":"RM18 bilion lebihan cukai dikreditkan, LHDN percepat bayaran tertunggak"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion melibatkan 3.54 juta kes setakat Isnin lalu, hasil peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mempercepat penyelesaian tunggakan.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan LHDN, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember, bayaran balik berjumlah RM15 bilion telah diproses melibatkan 3.52 juta kes.<\/p>\n<p>Proses itu diteruskan dengan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi tempoh 9 hingga 15 Disember yang melibatkan 6,480 kes, diikuti RM1 bilion lagi bagi tempoh 16 hingga 18 Disember melibatkan 1,339 kes.<\/p>\n<p>\u201cBagi tempoh 19 hingga 22 Disember pula, LHDN memproses bayaran balik berjumlah RM1 bilion melibatkan 13,111 kes,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan, daripada peruntukan tambahan RM4 bilion yang diumumkan, sebanyak RM3 bilion telah berjaya diproses dan dikreditkan antara 9 hingga 22 Disember, melibatkan 20,930 kes.<\/p>\n<p>LHDN memaklumkan baki RM1 bilion akan diproses dan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir Disember 2025.<\/p>\n<p>LHDN menjelaskan dana tambahan RM1 bilion pertama digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik yang berusia melebihi tiga tahun tanpa mengira jumlah.<\/p>\n<p>\u201cDana RM2 bilion seterusnya pula difokuskan kepada kes berusia dua hingga tiga tahun, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana,\u201d kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Pada 7 Disember lalu, Anwar mengumumkan peningkatan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi mempercepat pembayaran tertunggak kepada pembayar cukai.<\/p>\n<p>Selain itu, LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat dan terkini bagi melancarkan proses bayaran balik.<\/p>\n<p>\u201cLHDN kekal komited untuk menyelesaikan bayaran balik secara teratur dan berperingkat, dengan keutamaan kepada amaun tertunggak serta kes melibatkan PKS,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion melibatkan 3.54 juta kes setakat Isnin lalu, hasil peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mempercepat penyelesaian tunggakan. Menurut kenyataan LHDN, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember, bayaran balik berjumlah RM15 bilion telah diproses melibatkan 3.52 juta kes. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6112,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,483,132,18,2763],"authors":[],"class_list":["post-6233","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-cukai","tag-lhdn","tag-pmx","tag-tertunggak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6233","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6233"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6233\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6234,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6233\/revisions\/6234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6112"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6233"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6233"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6233"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6233"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}