{"id":6246,"date":"2025-12-25T02:03:56","date_gmt":"2025-12-25T02:03:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6246"},"modified":"2025-12-25T02:03:56","modified_gmt":"2025-12-25T02:03:56","slug":"amk-johor-sindir-akmal-berulang-kali-ugut-keluar-kerajaan-tapi-masih-belum-berlaku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-johor-sindir-akmal-berulang-kali-ugut-keluar-kerajaan-tapi-masih-belum-berlaku\/","title":{"rendered":"AMK Johor sindir Akmal: \u2018Berulang kali ugut keluar kerajaan tapi masih belum berlaku\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Desakan berulang Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan terus dipersoalkan apabila tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezudin Puad berkata, UMNO masih kekal dalam Kerajaan Perpaduan walaupun kenyataan \u201csudah tiba masanya\u201d sering diulang oleh pemimpin berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cYB nampak sangat bersungguh mahu UMNO keluar kerajaan. Hampir setiap hari buat kenyataan \u2018sudah tiba masanya\u2019, tapi sampai sekarang masih belum berlaku,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Menurut Faezudin, jika tidak benar-benar berani untuk bertindak, pemimpin terbabit seharusnya menghentikan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cKalau belum cukup berani, tak perlu buat kenyataan demi kenyataan yang akhirnya hanya mengganggu kestabilan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada Isnin, Akmal dilaporkan menggesa UMNO menarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan alasan lebih baik menjadi pembangkang yang bermaruah daripada terus \u2018dihina\u2019.<\/p>\n<p>Gesaan itu diulangi sekali lagi pada Rabu susulan pandangan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mencadangkan pemimpin UMNO dalam kerajaan mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan mereka.<\/p>\n<p>Faezudin yang juga Ketua PKR Cabang Pulai menegaskan Kerajaan Perpaduan kini sedang memberi tumpuan melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam usaha pemulihan ekonomi dan kebajikan.<\/p>\n<p>Katanya, polemik politik berpanjangan hanya akan mengganggu fokus kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan desakan supaya UMNO keluar daripada kerajaan bukan pendirian majoriti kepimpinan parti itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat hanya beberapa orang sahaja yang lantang menyokong desakan ini. Ramai pemimpin UMNO memilih untuk berdiam diri atau sependapat bahawa menjadi pembangkang adalah satu kerugian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengekalkan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak turut mencetuskan reaksi dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO, terutama selepas tindakan seorang pemimpin DAP yang didakwa \u2018meraikan\u2019 keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>Faezudin menyeru semua pihak menghentikan polemik politik dan kembali memberi keutamaan kepada keperluan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSudah-sudahlah. Fokus membantu rakyat, itu yang paling penting,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Desakan berulang Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya parti itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan terus dipersoalkan apabila tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezudin Puad berkata, UMNO masih kekal dalam Kerajaan Perpaduan walaupun kenyataan \u201csudah tiba masanya\u201d sering diulang oleh pemimpin berkenaan. \u201cYB nampak sangat bersungguh mahu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6247,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[263,120,2768,121,171,9,262,146],"authors":[],"class_list":["post-6246","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adendum","tag-akmal-saleh","tag-amk-johor","tag-najib","tag-pemuda","tag-pkr","tag-titah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6246","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6246"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6248,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6246\/revisions\/6248"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6247"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6246"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}