{"id":6256,"date":"2025-12-25T10:06:26","date_gmt":"2025-12-25T10:06:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6256"},"modified":"2025-12-25T10:06:26","modified_gmt":"2025-12-25T10:06:26","slug":"akmal-cadang-hidupkan-semula-muafakat-nasional-jika-mahu-umno-bersama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-cadang-hidupkan-semula-muafakat-nasional-jika-mahu-umno-bersama\/","title":{"rendered":"Akmal cadang hidupkan semula Muafakat Nasional jika mahu UMNO bersama"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencetuskan perbincangan hangat apabila mencadangkan agar Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula jika mahu kembali menjalin kerjasama dengan PAS.<\/p>\n<p>Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal berkata UMNO sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 telah menggesa PAS supaya memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN), bukannya membina kerjasama baharu melalui Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Menurutnya, perkembangan terkini membuktikan kelemahan gabungan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cHari ini, baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang,\u201d katanya, merujuk tindakan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri PN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli.<\/p>\n<p>Akmal turut mencadangkan agar MN diwujudkan semula sebagai alternatif yang lebih stabil untuk kerjasama politik Melayu.<\/p>\n<p>\u201cAlang-alang bubar sekalilah Perikatan Nasional, kita wujudkan semula Muafakat Nasional. Amacam?\u201d katanya.<\/p>\n<p>MN ditubuhkan oleh UMNO dan PAS pada 2019, sekali gus menandakan detik penting dalam usaha menyatukan politik Melayu selepas puluhan tahun persaingan antara kedua-dua parti itu.<\/p>\n<p>Namun, kerjasama tersebut mula goyah selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 apabila PAS memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu dan membentuk PN, satu langkah yang dianggap UMNO sebagai pengkhianatan.<\/p>\n<p>PAS sebelum ini turut mencadangkan supaya Bersatu dimasukkan ke dalam MN, namun cadangan itu ditolak UMNO.<\/p>\n<p>Kerjasama MN akhirnya berakhir pada Disember 2022 selepas UMNO menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Walaupun begitu, idea menghidupkan semula MN terus dibangkitkan oleh pemimpin PAS, walaupun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyatakan kerjasama itu tidak boleh melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyambut baik cadangan Akmal, namun meletakkan syarat agar UMNO memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula Perpaduan Ummah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, sebaik sahaja UMNO atau Barisan Nasional mengisytiharkan keluar daripada gabungan bersama PH, MN boleh dilancarkan semula melalui penubuhan jawatankuasa perunding.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencetuskan perbincangan hangat apabila mencadangkan agar Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula jika mahu kembali menjalin kerjasama dengan PAS. Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal berkata UMNO sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 telah menggesa PAS supaya memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN), bukannya membina kerjasama baharu melalui Perikatan Nasional (PN). [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,1737,126,541,146],"authors":[],"class_list":["post-6256","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6256","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6256"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6256\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6257,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6256\/revisions\/6257"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6256"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}