{"id":6264,"date":"2025-12-26T09:52:30","date_gmt":"2025-12-26T09:52:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6264"},"modified":"2025-12-26T09:52:30","modified_gmt":"2025-12-26T09:52:30","slug":"hadi-dakwa-isu-projek-punca-mb-perlis-yang-juga-besan-hilang-sokongan-adun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-dakwa-isu-projek-punca-mb-perlis-yang-juga-besan-hilang-sokongan-adun\/","title":{"rendered":"Hadi dakwa isu projek punca MB Perlis yang juga besan hilang sokongan ADUN"},"content":{"rendered":"<p>Isu berkaitan beberapa projek di Perlis dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mencetuskan krisis politik sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dipetik laporan media ketika ditemui dalam sidang media di Marang hari ini mendakwa terdapat banyak projek berskala besar di Perlis yang tidak dilaksanakan mengikut peraturan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keadaan itu mewujudkan tekanan hebat dalam pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>\u201cProjek terlalu banyak, dan ada yang tidak ikut peraturan. Itu satu kesalahan. Di sebaliknya ada rasuah dan pelbagai perkara lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hadi turut menyatakan Mohd Shukri tidak mampu mengikut tekanan tersebut namun enggan menamakan pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cBila tekanan terlalu kuat, kita terpaksa bertindak,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Namun begitu, beliau tidak memperincikan projek yang dimaksudkan.<\/p>\n<p>Situasi politik Perlis sebelum ini dilihat tidak stabil selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tiga daripada PAS dan lima daripada Bersatu menandatangani Akuan Bersumpah bagi menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri sebagai MB.<\/p>\n<p>PAS kemudiannya mengumumkan keahlian tiga ADUN terhenti serta-merta, masing-masing Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).<\/p>\n<p>Susulan itu, Speaker DUN Perlis, Rus&#8217;sele Eizan, mengisytiharkan kekosongan luar jangka di ketiga-tiga kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Hadi menegaskan peletakan jawatan Mohd Shukri bukan kerana kegagalan pentadbiran atau bersikap zalim, sebaliknya beliau menjadi mangsa keadaan.<\/p>\n<p>\u201cDia menteri besar yang turun ke medan, dan orang masih sokong dia. Tapi dia sendiri sudah tidak mahu jadi menteri besar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Krisis ini terus menjadi perhatian ramai ketika landskap politik negeri masih belum menemui titik penyelesaian yang jelas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu berkaitan beberapa projek di Perlis dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang mencetuskan krisis politik sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dipetik laporan media ketika ditemui dalam sidang media di Marang hari ini mendakwa terdapat banyak projek berskala besar di Perlis yang tidak dilaksanakan mengikut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,356,2774,408,2110,126],"authors":[],"class_list":["post-6264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-adun","tag-hilang-sokongan","tag-menteri-besar","tag-mohd-shukri-ramli","tag-pas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6264"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6265,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6264\/revisions\/6265"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6264"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}