{"id":6266,"date":"2025-12-26T09:56:49","date_gmt":"2025-12-26T09:56:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6266"},"modified":"2025-12-26T09:56:49","modified_gmt":"2025-12-26T09:56:49","slug":"derma-pak-arab-rm2-3-bilion-dalam-kes-1mdb-cerita-dongeng-hakim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/derma-pak-arab-rm2-3-bilion-dalam-kes-1mdb-cerita-dongeng-hakim\/","title":{"rendered":"Derma \u2018Pak Arab\u2019 RM2.3 bilion dalam kes 1MDB cerita dongeng: Hakim"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi hari ini menolak dakwaan Najib Razak bahawa RM2.3 bilion yang diterimanya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab, selepas mendapati wang itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya tanpa bukti sokongan yang sah.<\/p>\n<p>Keputusan itu disampaikan Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika membacakan penghakiman, dengan mahkamah mendapati tiada rekod rasmi yang mengesahkan kewujudan sumbangan politik seperti yang didakwa.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik bagi mengakui penerimaan dana berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTiada bukti pengakuan rasmi oleh kerajaan atau mana-mana parti politik kepada penderma yang didakwa, mahupun oleh tertuduh sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSurat sumbangan Arab yang didakwa juga dihantar ke kediaman peribadi tertuduh, bukan ke alamat rasmi kerajaan atau parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hakim Sequerah menegaskan tiada rekod akaun lengkap atau minit rasmi berkaitan sumbangan itu, selain ketiadaan bukti yang mengaitkan penderma keluarga diraja Arab dengan sumbangan politik yang sah.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan mustahil sejumlah wang sebesar itu dipindahkan tanpa dokumentasi yang telus.<\/p>\n<p>\u201cPada masa itu, parti politik yang dipimpin tertuduh ialah UMNO, parti terbesar di Malaysia dengan sejarah panjang sejak 1946.<\/p>\n<p>\u201cMustahil seorang Perdana Menteri tidak menyimpan rekod kewangan yang betul bagi parti yang kononnya menerima jumlah wang sebesar ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mahkamah turut menegaskan walaupun dana tersebut didakwa sebagai sumbangan politik, ia tetap tidak menghalalkan penggunaannya jika berasal daripada sumber haram.<\/p>\n<p>\u201cTujuan penggunaan dana adalah kritikal. Walaupun didakwa sebagai sumbangan politik, dakwaan itu sendiri tidak berasas dan tidak menjadikan penggunaan dana tersebut sah,\u201d tegas hakim.<\/p>\n<p>Sequerah turut menyifatkan hujahan \u2018derma Kerajaan Arab Saudi\u2019 sebagai tidak boleh dibangkitkan semula kerana telah diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.<\/p>\n<p>Beliau menggambarkan dakwaan itu sebagai \u201ctidak boleh dipercayai, bercanggah dengan bukti dokumen, dan sebuah kisah yang melebihi cerita-cerita dari Arabian Nights.\u201d<\/p>\n<p>Najib berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh RM2.3 bilion dana 1MDB antara 2011 hingga 2014, selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram.<\/p>\n<p>Najib berdepan hukuman penjara dan denda berat seperti diperuntukkan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi hari ini menolak dakwaan Najib Razak bahawa RM2.3 bilion yang diterimanya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab, selepas mendapati wang itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya tanpa bukti sokongan yang sah. Keputusan itu disampaikan Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika membacakan penghakiman, dengan mahkamah mendapati tiada rekod [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1343,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,2775,734,58,121,2776],"authors":[],"class_list":["post-6266","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-dongeng","tag-hakim","tag-mahkamah","tag-najib","tag-pak-arab"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6266","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6266"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6266\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6267,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6266\/revisions\/6267"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1343"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6266"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6266"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6266"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6266"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}