{"id":6271,"date":"2025-12-26T21:29:25","date_gmt":"2025-12-26T21:29:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6271"},"modified":"2025-12-26T21:39:00","modified_gmt":"2025-12-26T21:39:00","slug":"banjir-dijangka-landa-pasir-mas-tumpat-mulai-malam-ini-jps","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/banjir-dijangka-landa-pasir-mas-tumpat-mulai-malam-ini-jps\/","title":{"rendered":"Banjir dijangka landa Pasir Mas, Tumpat mulai malam ini: JPS"},"content":{"rendered":"<p>Beberapa kawasan rendah di Pasir Mas dan Tumpat dijangka dilanda banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Disember susulan hujan berterusan pada tahap bahaya yang dijangka menyebabkan paras sungai meningkat.<\/p>\n<p>Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar lembangan Sungai Golok.<\/p>\n<p>Keadaan cuaca semasa dan ramalan hujan lebat berterusan meningkatkan risiko limpahan sungai, sekali gus menjejaskan penempatan berhampiran.<\/p>\n<p>Menurut JPS, antara kawasan di Pasir Mas yang berpotensi terjejas termasuk Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To\u2019Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Padang Kijang, Tasik Cina, pekan Rantau Panjang serta beberapa kampung lain di sekitarnya.<\/p>\n<p>\u201cDi jajahan Tumpat pula, kawasan yang terlibat merangkumi Kampung Pak Keral, Kampung Kok Bedullah, Kampung Nechang, Kampung Pauh Sebanjar, Kampung Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PRABN JPS turut mengingatkan bahawa kejadian banjir yang diramalkan berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan bergantung kepada keadaan hujan semasa.<\/p>\n<p>Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi pengurusan bencana.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi banjir melalui laman sesawang Public Info Banjir dan saluran media sosial rasmi,\u201d menurut kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Pihak berkuasa menegaskan kesiapsiagaan awal dan kerjasama komuniti amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan keselamatan penduduk sepanjang tempoh amaran ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa kawasan rendah di Pasir Mas dan Tumpat dijangka dilanda banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Disember susulan hujan berterusan pada tahap bahaya yang dijangka menyebabkan paras sungai meningkat. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1674,2514,2777,925],"authors":[],"class_list":["post-6271","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-banjir","tag-jabatan-pengairan-dan-saliran","tag-jps","tag-kelantan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6271","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6271"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6271\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6276,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6271\/revisions\/6276"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6271"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}