{"id":6279,"date":"2025-12-26T21:43:27","date_gmt":"2025-12-26T21:43:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6279"},"modified":"2025-12-26T21:43:27","modified_gmt":"2025-12-26T21:43:27","slug":"algoritma-media-sosial-ancam-minda-kanak-kanak-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/algoritma-media-sosial-ancam-minda-kanak-kanak-fahmi\/","title":{"rendered":"Algoritma media sosial ancam minda kanak-kanak: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Algoritma media sosial yang direka untuk mengekalkan perhatian pengguna disifatkan semakin membimbangkan, khususnya terhadap keselamatan dan perkembangan minda kanak-kanak.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata sistem tertutup yang menjadi \u201cramuan rahsia\u201d platform digital mendorong ketagihan berpanjangan dan memberi kesan lebih buruk kepada golongan muda.<\/p>\n<p>Menurutnya, orang dewasa masih mempunyai keupayaan kawalan kendiri untuk berhenti menggunakan platform digital kerana komitmen kerja dan tanggungjawab harian, namun kanak-kanak yang membesar dengan algoritma sedemikian berada dalam situasi berbeza.<\/p>\n<p>\u201cApabila mereka belum matang dari segi kawalan diri, pendedahan berterusan ini boleh menjejaskan perkembangan minda dan mencetuskan ketagihan,\u201d katanya dalam temu bual bersama Bernama.<\/p>\n<p>Kebimbangan itu, katanya, diperkukuh dengan taklimat Polis Diraja Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara jenayah di media sosial.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan tiga bentuk jenayah paling merisaukan ialah jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penipuan dalam talian dan judi atas talian.<\/p>\n<p>\u201cAngkanya sangat menggerunkan dan berlaku di hampir semua platform utama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan kewujudan kumpulan Facebook bernama \u201cAwek Budak Sekolah\u201d yang menghimpunkan puluhan ribu ahli, majoritinya lelaki, walaupun kandungannya jelas berunsur eksploitasi seksual kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cKumpulan seperti ini dibenarkan wujud terlalu lama. Ini kegagalan platform untuk bertindak tegas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penipuan turut melibatkan tokoh awam apabila ratusan akaun palsu menggunakan nama Prof Dr Muhaya Mohamad untuk menjual produk kesihatan tidak wujud, sehingga menimbulkan kekeliruan dan tindakan susulan daripada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cAkaun palsu masih ada walaupun isu telah dibangkitkan,\u201d kata Fahmi.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan ibu bapa amat penting dalam menjadikan internet ruang yang selamat.<\/p>\n<p>\u201cPeranti bukan pengasuh. Jika diserahkan bulat-bulat kepada anak selama berjam-jam, ia sangat berbahaya. Algoritma akan mencandukan anak-anak kita dan merosakkan masa depan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas kebebasan bersuara, Fahmi menegaskan kerajaan tidak berniat menyekat kritikan, namun kebebasan itu tidak boleh disalahgunakan.<\/p>\n<p>\u201cKita bebas bersuara, tetapi tidak bebas menyebarkan fitnah atau kandungan jenayah. Itu garis yang jelas,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Algoritma media sosial yang direka untuk mengekalkan perhatian pengguna disifatkan semakin membimbangkan, khususnya terhadap keselamatan dan perkembangan minda kanak-kanak. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata sistem tertutup yang menjadi \u201cramuan rahsia\u201d platform digital mendorong ketagihan berpanjangan dan memberi kesan lebih buruk kepada golongan muda. Menurutnya, orang dewasa masih mempunyai keupayaan kawalan kendiri untuk berhenti menggunakan platform [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2778,49,1347,184,16,405],"authors":[],"class_list":["post-6279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-algoritma","tag-fahmi-fadzil","tag-kanak-kanak","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6279"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6280,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6279\/revisions\/6280"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6279"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}