{"id":6289,"date":"2025-12-27T09:51:58","date_gmt":"2025-12-27T09:51:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6289"},"modified":"2025-12-27T09:51:58","modified_gmt":"2025-12-27T09:51:58","slug":"anwar-sambut-baik-gencatan-senjata-kemboja-thailand-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-sambut-baik-gencatan-senjata-kemboja-thailand-laporan\/","title":{"rendered":"Anwar sambut baik gencatan senjata Kemboja-Thailand: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut baik gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dengan Thailand, yang berkuat kuasa pada 12 tengah hari, Sabtu.<\/p>\n<p>Dalam hantaran Facebook hari ini, Anwar berkata keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan pasukan di kedudukan masing-masing, mencerminkan pengiktirafan bersama untuk mengawal diri, khususnya demi kepentingan orang awam.<\/p>\n<p>Beliau berkata Kenyataan Bersama berhubung gencatan senjata itu menggariskan langkah-langkah praktikal dan positif, termasuk pengesahan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN dan komunikasi secara langsung antara pihak berkuasa pertahanan.<\/p>\n<p>&#8220;Langkah ini menyediakan asas kepada kestabilan, dan saya berharap kedua-dua pihak akan melaksanakannya dengan penuh komitmen.<\/p>\n<p>&#8220;Ketika Malaysia menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Filipina pada tengah malam 1 Jan 2026, kami akan menyokong semua usaha untuk memastikan komitmen ini dipatuhi serta kredibiliti dan maruah ASEAN sebagai rantau aman terus terpelihara,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu, sekali gus menamatkan konflik yang kembali memuncak pada 7 Dis.<\/p>\n<p>Menteri pertahanan kedua-dua negara menandatangani Kenyataan Bersama Mesyuarat Khas Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Ketiga pada pagi Sabtu, iaitu hari ketiga mesyuarat berkenaan. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut baik gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dengan Thailand, yang berkuat kuasa pada 12 tengah hari, Sabtu. Dalam hantaran Facebook hari ini, Anwar berkata keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan pasukan di kedudukan masing-masing, mencerminkan pengiktirafan bersama untuk mengawal diri, khususnya demi kepentingan orang awam. Beliau berkata Kenyataan Bersama berhubung gencatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6002,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,1075,1074,18,1073],"authors":[],"class_list":["post-6289","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-gencatan-senjata","tag-kemboja","tag-pmx","tag-thailand"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6289","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6289"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6289\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6290,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6289\/revisions\/6290"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6002"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6289"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}