{"id":6296,"date":"2025-12-27T10:15:44","date_gmt":"2025-12-27T10:15:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6296"},"modified":"2025-12-27T10:15:44","modified_gmt":"2025-12-27T10:15:44","slug":"pergolakan-perlis-umno-sudah-serik-untuk-bekerjasama-dengan-pas-dalam-mn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pergolakan-perlis-umno-sudah-serik-untuk-bekerjasama-dengan-pas-dalam-mn\/","title":{"rendered":"Pergolakan Perlis: UMNO sudah serik untuk bekerjasama dengan PAS dalam MN"},"content":{"rendered":"<p>Krisis politik yang melanda Perlis dijangka terus mencetuskan pergolakan dalaman dalam Perikatan Nasional (PN), namun UMNO menegaskan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak akan dihidupkan semula.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi berkata parti itu sudah \u201cserik\u201d dengan pengalaman lalu semasa bekerjasama dengan PAS dalam MN sebelum ini yang akhirnya menyaksikan perpecahan antara kedua-dua parti itu.<\/p>\n<p>Menurut Puad, pengunduran Mohd Shukri Ramli sebagai menteri besar membuka ruang kepada lebih banyak konflik antara rakan komponen PN.<\/p>\n<p>\u201cMereka rakan dalam PN, kecuali jika PAS dan Bersatu pecah kongsi. Tetapi dijangkakan lebih banyak drama tikam menikam akan berlaku. Cuma ia tidak menyebabkan MN hidup balik. UMNO sudah serik,\u201d katanya menerusi hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Kenyataan itu merujuk kepada cadangan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini mencetuskan perbincangan apabila menyarankan PN dibubarkan dan MN diwujudkan semula susulan kemelut di Perlis serta isu titah adendum membabitkan Najib Razak.<\/p>\n<p>Cadangan tersebut bagaimanapun dibalas Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang mencadangkan penubuhan jawatankuasa perunding sebagai jalan tengah.<\/p>\n<p>Situasi politik Perlis menjadi tegang apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), terdiri daripada tiga PAS dan lima Bersatu, dikatakan menarik sokongan terhadap Mohd Shukri dan menyerahkan akuan berkanun kepada Raja Perlis.<\/p>\n<p>Susulan itu, PAS menggugurkan keahlian tiga ADUN serta-merta, sekali gus membawa kepada pengumuman kekosongan luar jangka di tiga kerusi DUN oleh Speaker.<\/p>\n<p>Puadjuga menggesa PAS mengambil sikap terbuka dan menyerahkan kepimpinan kerajaan negeri kepada Bersatu bagi mengelakkan ketidaktentuan berpanjangan.<\/p>\n<p>\u201cPAS patut gentleman. Lepaskan sahaja kepada Bersatu. Jangan biarkan pentadbiran negeri tergantung. Utamakan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin mengingatkan semua pihak agar bertenang dan menguruskan kemelut tersebut secara matang.<\/p>\n<p>\u201cMandat rakyat pada PRU15 perlu dihormati. Keutamaan adalah memastikan Kerajaan Negeri Perlis terus berfungsi dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Krisis politik yang melanda Perlis dijangka terus mencetuskan pergolakan dalaman dalam Perikatan Nasional (PN), namun UMNO menegaskan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak akan dihidupkan semula. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi berkata parti itu sudah \u201cserik\u201d dengan pengalaman lalu semasa bekerjasama dengan PAS dalam MN sebelum ini yang akhirnya menyaksikan perpecahan antara kedua-dua parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[824,2110,1737,126,2177,359,146],"authors":[],"class_list":["post-6296","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerjasama","tag-mohd-shukri-ramli","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-perlis","tag-puad-zarkashi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6296","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6296"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6296\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6297,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6296\/revisions\/6297"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6296"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6296"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6296"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6296"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}