{"id":6318,"date":"2025-12-28T14:35:26","date_gmt":"2025-12-28T14:35:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6318"},"modified":"2025-12-28T14:35:26","modified_gmt":"2025-12-28T14:35:26","slug":"akmal-tawar-persahabatan-umno-pas-susulan-kemelut-politik-di-perlis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-tawar-persahabatan-umno-pas-susulan-kemelut-politik-di-perlis\/","title":{"rendered":"Akmal tawar persahabatan UMNO-PAS susulan kemelut politik di Perlis"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memberi bayangan wujudnya ruang baharu dalam hubungan politik antara UMNO dan PAS apabila menyatakan kesediaan untuk menukar persaingan kepada kerjasama.<\/p>\n<p>Isyarat itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Facebook yang dimuat naik kira-kira sejam selepas Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memuat naik status berbaur sindiran terhadap Bersatu dengan mesej, \u201cKawan makan kawan. Bermaksud kawan sudah memilih menjadi lawan.\u201d<\/p>\n<p>Menyahut kenyataan itu, Akmal membalas dengan tawaran untuk berbaik semula dengan PAS.<\/p>\n<p>\u201cKawan makan kawan, kawan jadi lawan. Tetapi insya-Allah kita boleh usahakan lawan jadi kawan,\u201d sambil menandakan nama Ahmad Fadhli dalam hantaran berkenaan.<\/p>\n<p>Perkongsian itu pantas menarik perhatian kerana dilihat sebagai satu isyarat terbuka untuk merapatkan kembali hubungan UMNO dan PAS, khususnya dalam landskap politik semasa yang semakin tidak menentu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Akmal yang juga ADUN Merlimau pernah mencadangkan agar Muafakat Nasional, platform kerjasama politik antara UMNO dan PAS yang pernah diwujudkan, dihidupkan semula.<\/p>\n<p>Cadangan itu dibuat susulan perkembangan politik di Perlis apabila lapan ADUN, terdiri daripada lima wakil Bersatu dan tiga daripada PAS, dilaporkan menghantar akuan bersumpah kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.<\/p>\n<p>Situasi tersebut dikatakan berpotensi mencetuskan pilihan raya kecil di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu ini sekali gus mencetuskan perbincangan hangat mengenai hala tuju kerjasama politik pembangkang dan kemungkinan penyusunan semula pakatan sedia ada.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memberi bayangan wujudnya ruang baharu dalam hubungan politik antara UMNO dan PAS apabila menyatakan kesediaan untuk menukar persaingan kepada kerjasama. Isyarat itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Facebook yang dimuat naik kira-kira sejam selepas Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memuat naik status berbaur sindiran terhadap Bersatu dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,2793,285,126,2177,146],"authors":[],"class_list":["post-6318","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-kemelut","tag-madani","tag-pas","tag-perlis","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6318","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6318"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6318\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6319,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6318\/revisions\/6319"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6318"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6318"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6318"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6318"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}