{"id":6323,"date":"2025-12-29T08:36:28","date_gmt":"2025-12-29T08:36:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6323"},"modified":"2025-12-29T08:36:28","modified_gmt":"2025-12-29T08:36:28","slug":"spr-bincang-tiga-prk-dun-perlis-minggu-depan-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spr-bincang-tiga-prk-dun-perlis-minggu-depan-laporan\/","title":{"rendered":"SPR bincang tiga PRK DUN Perlis minggu depan: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka membuat keputusan penting minggu depan berhubung pelaksanaan pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis susulan kekosongan luar jangka yang dimaklumkan oleh Speaker DUN negeri itu.<\/p>\n<p>Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, pihaknya telah menerima notis rasmi mengenai kekosongan tersebut pada hari ini dan akan membawa perkara itu ke mesyuarat SPR dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua aspek berkaitan PRK akan diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat.<\/p>\n<p>\u201cKita baru terima notis kekosongan luar jangka itu hari ini, jadi SPR akan mengadakan mesyuarat minggu depan. Dalam mesyuarat itu, kita akan bincang semua perkara yang berkaitan,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan DUN Perlis akan mengemukakan permohonan rasmi kepada SPR supaya PRK diadakan bagi tiga kawasan, susulan kemelut politik dalaman Perikatan Nasional (PN) yang memberi kesan kepada majoriti kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Speaker DUN Perlis, Rus\u2019sele Eizan, dilaporkan berkata kekosongan luar jangka itu melibatkan DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhenti serta-merta dalam PAS.<\/p>\n<p>ADUN terbabit ialah Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail dan Mohd Ridzuan Hashim.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan pihaknya menggunakan budi bicara di bawah Proviso Perkara 55(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis untuk memaklumkan secara bertulis kepada SPR serta memohon supaya pilihan raya diadakan bagi mengisi kekosongan berkenaan.<\/p>\n<p>Mengulas isu tempoh matang DUN Perlis, Ramlan berkata walaupun had tempoh itu telah melepasi ketetapan biasa, terdapat situasi tertentu yang membolehkan Speaker membuat pertimbangan khas.<\/p>\n<p>\u201cMemang tempoh matang sudah lepas, tetapi ada keadaan tertentu di mana Speaker berpendapat PRK perlu diadakan, terutamanya untuk memastikan keseimbangan majoriti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Krisis politik di Perlis tercetus susulan dakwaan beberapa ADUN PN bertemu Raja Perlis untuk menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli.<\/p>\n<p>Susulan perkembangan itu, kepimpinan PAS memaklumkan keahlian tiga ADUN berkenaan terhenti serta-merta mengikut peruntukan perlembagaan parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka membuat keputusan penting minggu depan berhubung pelaksanaan pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis susulan kekosongan luar jangka yang dimaklumkan oleh Speaker DUN negeri itu. Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, pihaknya telah menerima notis rasmi mengenai kekosongan tersebut pada hari ini dan akan membawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5767,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[409,2110,2177,478,2088,1394],"authors":[],"class_list":["post-6323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun","tag-mohd-shukri-ramli","tag-perlis","tag-prk","tag-ramlan-harun","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6323"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6324,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6323\/revisions\/6324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5767"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6323"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}