{"id":633,"date":"2025-06-07T10:17:10","date_gmt":"2025-06-07T10:17:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=633"},"modified":"2025-06-07T10:18:12","modified_gmt":"2025-06-07T10:18:12","slug":"pemberhentian-pekerja-petronas-isu-besar-akmal-gesa-audit-menyeluruh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemberhentian-pekerja-petronas-isu-besar-akmal-gesa-audit-menyeluruh\/","title":{"rendered":"Pemberhentian pekerja Petronas isu besar, Akmal gesa audit menyeluruh"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan digesa agar mengambil langkah segera bagi membantu Petronas yang dilaporkan merancang untuk mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyifatkan syarikat petroleum negara itu adalah simbol ikonik negara dan merupakan penyumbang utama ekonomi negara yang perlu dijaga statusnya.<\/p>\n<p>\u201cPetronas bukan syarikat biasa. Ia adalah lambang kejayaan industri minyak dan gas negara serta penyumbang utama kepada ekonomi negara selama berdekad-dekad,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas keputusan penstrukturan semula yang diumumkan oleh Petronas baru-baru ini, Akmal mempersoalkan mengapa langkah drastik tersebut mahu diambil ketika harga minyak mentah global kekal stabil sekitar AS$65 setong pada tahun ini.<\/p>\n<p>Sebagai perbandingan, dia merujuk kepada situasi pada 2016 apabila harga minyak jatuh lebih teruk, iaitu sekitar AS$44 setong, namun Petronas hanya mengurangkan kira-kira 1,000 pekerja ketika itu.<\/p>\n<p>\u201cKenapa kali ini pengurangan mencecah 5,000 pekerja? Malah, pada 2020 ketika harga minyak juga rendah sekitar AS$40, tindakan sebesar ini tidak diambil.<\/p>\n<p>\u201cAdakah benar-benar harga minyak menjadi punca utama, atau ada faktor lain yang tidak didedahkan?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Justeru, Akmal mendesak kerajaan supaya segera campur tangan bagi memastikan kebajikan semua pekerja yang terlibat dijaga, dengan pendekatan yang adil dan berperikemanusiaan.<\/p>\n<p>Dia turut mencadangkan empat langkah utama yang perlu diambil:<\/p>\n<p>Campur tangan kerajaan untuk menjamin kebajikan pekerja;<\/p>\n<p>Audit menyeluruh dan laporan telus tentang keadaan sebenar Petronas;<\/p>\n<p>Pelan mitigasi dan sokongan dari Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia; dan<\/p>\n<p>Sesi libat urus bersama kesatuan pekerja, kerajaan, dan pengurusan Petronas sebelum sebarang langkah lanjut diambil.<\/p>\n<p>\u201cNasib 5,000 pekerja ini bukan sekadar statistik. Mereka adalah ibu, bapa, anak muda dan pencari nafkah utama keluarga. Rezeki mereka perlu dibela,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Akmal turut mempersoalkan kenyataan kerajaan bahawa ekonomi negara sedang pulih sedangkan tindakan drastik seperti yang diumumkan oleh Petronas jelas menunjukkan sebaliknya.<\/p>\n<p>\u201cJika sebelum ini kadar tukaran AS$D kepada ringgit pada paras 3.80 dianggap petanda ekonomi lemah, adakah dengan kadar tukaran kini mencecah 4.75, kerajaan masih mahu meyakinkan rakyat bahawa ekonomi kita dalam keadaan baik?\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan digesa agar mengambil langkah segera bagi membantu Petronas yang dilaporkan merancang untuk mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya. Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyifatkan syarikat petroleum negara itu adalah simbol ikonik negara dan merupakan penyumbang utama ekonomi negara yang perlu dijaga statusnya. \u201cPetronas bukan syarikat biasa. Ia adalah lambang kejayaan industri minyak dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":634,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[120,436,285,446,171,434,18,146],"authors":[],"class_list":["post-633","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-saleh","tag-berhenti","tag-madani","tag-pekerja","tag-pemuda","tag-petronas","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=633"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":635,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/633\/revisions\/635"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/634"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=633"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}