{"id":6352,"date":"2025-12-30T09:23:16","date_gmt":"2025-12-30T09:23:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6352"},"modified":"2025-12-30T09:23:16","modified_gmt":"2025-12-30T09:23:16","slug":"prk-naim-sah-bertanding-di-kinabatangan-ismail-ayob-di-dun-lamag","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prk-naim-sah-bertanding-di-kinabatangan-ismail-ayob-di-dun-lamag\/","title":{"rendered":"PRK: Naim sah bertanding di Kinabatangan, Ismail Ayob di DUN Lamag"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini.<\/p>\n<p>Ismail sebelum ini bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah, 29 November lalu.<\/p>\n<p>Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin, pada Majlis Bersama Media di Bangunan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, Selasa.<\/p>\n<p>Menurut Jafry, pemilihan Ismail dibuat berdasarkan keperluan politik semasa yang menuntut pendekatan lebih inklusif dan menenangkan suasana pasca PRN-17.<\/p>\n<p>Katanya, BN Sabah memilih calon perpaduan sebagai langkah strategik demi kestabilan politik negeri.<\/p>\n<p>\u201cBN Sabah akan mencalonkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon perpaduan melalui keahlian terus Barisan Nasional. Ini adalah pendekatan berasaskan tadbir urus politik yang mengutamakan konsensus, pengurangan konflik dan kestabilan jangka panjang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bahawa pengukuhan BN di kawasan Kinabatangan dan Lamag bukan sekadar soal menang pilihan raya, sebaliknya berkait rapat dengan keperluan memastikan agenda pembangunan rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan politik.<\/p>\n<p>\u201cPencalonan ini adalah usaha untuk merapatkan jurang politik dan membina kerjasama lebih menyeluruh selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Pada majlis sama, Jafry turut mengesahkan pencalonan Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kinabatangan, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Presiden UMNO.<\/p>\n<p>Dalam landskap politik yang semakin dipengaruhi sentimen pengundi muda, katanya, BN Sabah melihat Naim sebagai pemimpin pelapis yang relevan dan berupaya membawa suara rakyat di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cBeliau mempunyai legitimasi organisasi, diterima akar umbi dan mampu menterjemahkan aspirasi rakyat, khususnya generasi muda,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan pemergian penyandangnya, Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu.<\/p>\n<p>Pada PRN-17, Bung Moktar memenangi kerusi DUN Lamag dengan majoriti tipis 153 undi, menewaskan Mohd Ismail dalam pertandingan enam penjuru.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan Mohd Ismail Ayob sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini. Ismail sebelum ini bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah, 29 November lalu. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Jafry Ariffin, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,136,409,2611,2422,2805,2708,478,146],"authors":[],"class_list":["post-6352","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-calon","tag-dun","tag-kinabatangan","tag-lamag","tag-mohd-ismail-ayob","tag-naim-moktar","tag-prk","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6352","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6352"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6352\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6354,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6352\/revisions\/6354"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6352"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6352"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6352"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6352"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}