{"id":6359,"date":"2025-12-30T14:28:32","date_gmt":"2025-12-30T14:28:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6359"},"modified":"2025-12-30T14:28:32","modified_gmt":"2025-12-30T14:28:32","slug":"sebar-berita-palsu-guna-logo-tv3-mcmc-siasat-seorang-individu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sebar-berita-palsu-guna-logo-tv3-mcmc-siasat-seorang-individu\/","title":{"rendered":"Sebar berita palsu guna logo TV3, MCMC siasat seorang individu"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat penularan satu hantaran palsu di media sosial yang menyalahgunakan logo serta identiti visual Buletin TV3.<\/p>\n<p>Hantaran itu mendakwa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan TikTok Malaysia, maklumat yang disahkan sebagai tidak benar dan palsu.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, siasatan awal mendapati kandungan tersebut telah diubah suai dan kenyataan itu tidak pernah dikeluarkan oleh menteri berkenaan.<\/p>\n<p>Pihak Media Prima Berhad juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan keterlibatan mereka.<\/p>\n<p>\u201cMedia Prima menegaskan bahawa hantaran berkenaan tidak diterbitkan oleh Buletin TV3 atau mana-mana platform berita di bawah rangkaian kami. Penyalahgunaan logo dan identiti visual ini adalah satu perbuatan sengaja untuk mengelirukan orang awam,\u201d menurut kenyataan Media Prima yang turut disertakan dengan laporan polis.<\/p>\n<p>Seorang individu yang disyaki terlibat telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak.<\/p>\n<p>Alatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM telah disita untuk analisis forensik digital lanjut.<\/p>\n<p>Siasatan ini dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda mencecah RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>MCMC mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat di alam siber.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai dinasihatkan sentiasa mengesahkan kesahihan sebarang maklumat sebelum memuat naik atau berkongsi. Penyebaran kandungan palsu bukan sahaja mengelirukan malah boleh mendatangkan tindakan undang-undang,\u201d tegas MCMC.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat penularan satu hantaran palsu di media sosial yang menyalahgunakan logo serta identiti visual Buletin TV3. Hantaran itu mendakwa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan TikTok Malaysia, maklumat yang disahkan sebagai tidak benar dan palsu. Menurut MCMC, siasatan awal mendapati kandungan tersebut telah diubah suai dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6360,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1545,49,16,2806],"authors":[],"class_list":["post-6359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-berita-palsu","tag-fahmi-fadzil","tag-mcmc","tag-tv3"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6361,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6359\/revisions\/6361"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6359"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}