{"id":6384,"date":"2025-12-31T11:20:05","date_gmt":"2025-12-31T11:20:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6384"},"modified":"2025-12-31T11:20:05","modified_gmt":"2025-12-31T11:20:05","slug":"fahmi-ajak-orang-ramai-guna-teknologi-dengan-bijak-menjelang-tahun-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-ajak-orang-ramai-guna-teknologi-dengan-bijak-menjelang-tahun-baharu\/","title":{"rendered":"Fahmi ajak orang ramai guna teknologi dengan bijak menjelang tahun baharu"},"content":{"rendered":"<p>Rakyat diingatkan supaya memanfaatkan teknologi secara bijak dan berhemah, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, ketika negara melangkah ke tahun baharu 2026.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ibu bapa perlu memainkan peranan aktif memantau penggunaan peranti anak-anak bagi memastikan teknologi memberi manfaat dan tidak membawa kesan negatif.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan atau scam yang semakin canggih dan pelbagai.<\/p>\n<p>Menerusi video perutusan Tahun Baharu 2026 yang dimuat naik di Facebook Kementerian Komunikasi, Fahmi menegaskan keselamatan dalam talian kini menjadi keutamaan kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tahun 2026 akan menyaksikan perubahan besar dalam landskap kawal selia digital negara.<\/p>\n<p>\u201cMulai 1 Januari, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan platform media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna diwajibkan berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi, atau ASP(C),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pelaksanaan itu dibuat menerusi Peruntukan Deeming Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang bertujuan memastikan platform digital berskala besar beroperasi secara teratur dalam kerangka undang-undang, selain memikul tanggungjawab jelas terhadap keselamatan pengguna, terutama kanak-kanak dan keluarga.<\/p>\n<p>Seiring langkah tersebut, Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) juga akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.<\/p>\n<p>Akta itu memberi penekanan kepada perlindungan pengguna dengan mengekang penipuan siber, eksploitasi, penyamaran, serta ancaman baharu termasuk penyalahgunaan kecerdasan buatan dan teknologi deepfake.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berharap tahun baharu ini menjadi titik tolak kepada kemajuan rakyat dan negara secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cSemoga tahun 2026 membawa peluang yang lebih luas untuk kita membangunkan diri, keluarga dan masyarakat. Kita mahu melihat ekonomi yang semakin sihat, ringgit yang lebih kukuh dan negara terus bergerak di landasan yang betul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kejayaan negara dalam era digital bukan hanya bergantung kepada teknologi semata-mata, tetapi juga tahap kesedaran dan tanggungjawab semua pihak dalam menggunakannya secara selamat dan beretika.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat diingatkan supaya memanfaatkan teknologi secara bijak dan berhemah, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, ketika negara melangkah ke tahun baharu 2026. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ibu bapa perlu memainkan peranan aktif memantau penggunaan peranti anak-anak bagi memastikan teknologi memberi manfaat dan tidak membawa kesan negatif. Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap taktik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,739,186,184,16,19],"authors":[],"class_list":["post-6384","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-ibu-bapa","tag-internet","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-teknologi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6384","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6384"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6384\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6385,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6384\/revisions\/6385"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6384"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6384"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6384"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6384"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}