{"id":6389,"date":"2026-01-01T09:37:06","date_gmt":"2026-01-01T09:37:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6389"},"modified":"2026-01-01T09:37:06","modified_gmt":"2026-01-01T09:37:06","slug":"akta-keselamatan-dalam-talian-demi-lindungi-kanak-kanak-dari-jadi-mangsa-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akta-keselamatan-dalam-talian-demi-lindungi-kanak-kanak-dari-jadi-mangsa-fahmi\/","title":{"rendered":"Akta Keselamatan Dalam Talian demi lindungi kanak-kanak dari jadi mangsa: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) bagi memastikan platform media sosial tidak menjadi ruang selamat kepada penjenayah, khususnya yang menyasarkan kanak-kanak, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, usaha itu digerakkan selepas beliau menerima taklimat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pertengahan tahun lalu mengenai penghijrahan besar-besaran penjenayah ke platform media sosial dan paling mengejutkan ialah peningkatan kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cBila PDRM bentangkan perkara ini, saya rasa sangat bertanggungjawab untuk pastikan internet jadi lebih selamat, terutamanya untuk kanak-kanak dan keluarga. Internet ada di mana-mana, tapi kalau tak selamat, masa depan kita akan jadi gelap,\u201d katanya semasa wawancara dengan Agenda Daily.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan pindaan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia, tidak mencukupi kerana hanya menyentuh kandungan yang dimuat naik individu, bukan peranan platform itu sendiri.<\/p>\n<p>ONSA digubal bagi menutup kelompangan tersebut dan memastikan platform seperti Facebook, TikTok dan YouTube mematuhi undang-undang tempatan.<\/p>\n<p>\u201cKalau platform itu membolehkan jenayah berlaku, mereka juga perlu bertanggungjawab. Kita tak mahu media sosial jadi sarang pedofil, penipu skim atau judi dalam talian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi turut mengimbas satu sesi taklimat khas kepada ahli Parlimen dan senator yang memaparkan rakaman jenayah seksual kanak-kanak yang disebarkan oleh pedofil. Katanya, suasana ketika itu sunyi dan penuh kejutan.<\/p>\n<p>\u201cBila tengok sendiri bukti jenayah ini, kita sedar ia bukan teori atau cerita jauh. Ia benar-benar berlaku, dan kanak-kanak itu langsung tak faham apa yang sedang berlaku pada mereka,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan penjenayah seksual kanak-kanak sebagai golongan paling kejam kerana merosakkan masa depan mangsa.<\/p>\n<p>Fahmi mendedahkan PDRM pernah menahan 31 pedofil berusia antara 12 hingga 71 tahun dan merampas lebih 880,000 fail berkaitan jenayah seksual kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cItu baru puncak gunung ais. Banyak jenayah ini berlaku kerana platform media sosial membenarkannya,\u201d katanya sambil merujuk kes kumpulan media sosial yang pernah menghimpunkan puluhan ribu pengikut sebelum ditutup.<\/p>\n<p>Mengulas sama ada Malaysia terlambat menggubal undang-undang ini, Fahmi berkata langkah tersebut dibuat pada masa yang tepat.<\/p>\n<p>\u201cKita bukan yang pertama, tapi kita juga bukan yang terakhir. Banyak negara baru mula laksanakan undang-undang serupa. Yang penting, kita bertindak sekarang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) bagi memastikan platform media sosial tidak menjadi ruang selamat kepada penjenayah, khususnya yang menyasarkan kanak-kanak, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Menurut Fahmi, usaha itu digerakkan selepas beliau menerima taklimat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pertengahan tahun lalu mengenai penghijrahan besar-besaran penjenayah ke platform media sosial dan paling [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6390,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[144,49,16,143,402],"authors":[],"class_list":["post-6389","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta","tag-fahmi-fadzil","tag-mcmc","tag-onsa","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6389","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6389"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6389\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6391,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6389\/revisions\/6391"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6390"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6389"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6389"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6389"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6389"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}