{"id":6392,"date":"2026-01-01T09:43:15","date_gmt":"2026-01-01T09:43:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6392"},"modified":"2026-01-01T09:43:15","modified_gmt":"2026-01-01T09:43:15","slug":"pas-tak-lihat-isu-peletakan-jawatan-dalam-pn-akan-beri-kesan-besar-fadhli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-tak-lihat-isu-peletakan-jawatan-dalam-pn-akan-beri-kesan-besar-fadhli\/","title":{"rendered":"PAS tak lihat isu peletakan jawatan dalam PN akan beri kesan besar: Fadhli"},"content":{"rendered":"<p>PAS menyifatkan gelombang peletakan jawatan yang melanda Perikatan Nasional (PN) sejak Selasa lalu tidak sebesar seperti yang digambarkan, meskipun melibatkan jawatan tertinggi gabungan itu di peringkat pusat dan negeri.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata situasi tersebut tidak menjejaskan struktur di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), malah kebanyakan kepimpinan masih kekal menjalankan tanggungjawab masing-masing.<\/p>\n<p>Menurutnya, ramai pengerusi PN di peringkat negeri dan kawasan masih memegang mandat serta menunggu arahan daripada pengerusi baharu.<\/p>\n<p>\u201cRibut yang diperkatakan itu tidak berlaku di peringkat akar umbi. Jentera masih berfungsi dan kepimpinan di banyak tempat kekal stabil.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah, PN akan terus mara ke depan dengan semangat baharu,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Kelmarin, Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN selepas lima tahun menerajui gabungan itu, berkuat kuasa hari ini.<\/p>\n<p>Keputusan tersebut dibuat susulan krisis politik di Perlis yang tercetus apabila lapan ADUN daripada PAS dan Bersatu dilaporkan menyerahkan akuan bersumpah kepada pihak istana bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli.<\/p>\n<p>Susulan pengunduran Muhyiddin, beberapa pemimpin Bersatu turut meletakkan jawatan dalam PN, termasuk Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PN Perak, Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor serta Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pemerhati politik berpandangan PN berdepan risiko perpecahan sama ada secara terbuka atau melalui kerjasama yang semakin longgar di peringkat negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menyifatkan gelombang peletakan jawatan yang melanda Perikatan Nasional (PN) sejak Selasa lalu tidak sebesar seperti yang digambarkan, meskipun melibatkan jawatan tertinggi gabungan itu di peringkat pusat dan negeri. Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata situasi tersebut tidak menjejaskan struktur di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), malah kebanyakan kepimpinan masih kekal menjalankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[724,73,126,541,146],"authors":[],"class_list":["post-6392","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-fadhli-shaari","tag-bersatu","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6392","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6392"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6392\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6393,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6392\/revisions\/6393"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6392"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6392"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6392"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6392"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}