{"id":6401,"date":"2026-01-01T13:18:15","date_gmt":"2026-01-01T13:18:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6401"},"modified":"2026-01-01T13:18:15","modified_gmt":"2026-01-01T13:18:15","slug":"hadi-calon-tepat-terajui-pn-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-calon-tepat-terajui-pn-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Hadi calon tepat terajui PN: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan PAS untuk menamakan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan sebagai langkah tepat dan wajar, selari dengan peruntukan perlembagaan gabungan itu.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Perlembagaan PN melalui Fasal 8.3(b) menetapkan sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan, peletakan itu hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), yang kemudiannya perlu memilih pengerusi baharu secepat mungkin.<\/p>\n<p>Menurutnya, cadangan PAS tersebut menepati hierarki kepimpinan parti dalam PN.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Tun Faisal berpandangan pelantikan Pengerusi PN tidak sesuai dibuat dalam kalangan individu yang bukan Presiden parti kerana Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri pemimpin utama parti komponen lain, termasuk Timbalan Pengerusi PN.<\/p>\n<p>\u201cPresiden memegang mandat tertinggi dalam struktur parti masing-masing. Itu realiti dalam kebanyakan parti politik,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan melantik Pengerusi daripada kalangan Timbalan, Naib Presiden atau pihak luar boleh mencetuskan kekeliruan berkaitan mandat ahli, bidang kuasa dan kuasa membuat keputusan.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya, isu mandat dan autoriti boleh jadi kabur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Bersatu Kelantan dilaporkan tidak menolak kemungkinan Abdul Hadi dilantik sebagai Pengerusi PN bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.<\/p>\n<p>Pengerusinya, Kamaruddin Md Noor berkata, pertimbangan itu dibuat berdasarkan kedudukan PAS dan Bersatu sebagai dua parti terbesar dalam gabungan tersebut.<\/p>\n<p>Malah, menurutnya, Muhyiddin sebelum ini pernah menawarkan jawatan berkenaan kepada Abdul Hadi, namun ditolak.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, peranan Timbalan, Naib Presiden dan wakil parti komponen dalam MT PN kekal penting walaupun tanpa memegang jawatan Pengerusi.<\/p>\n<p>\u201cYang paling utama ialah komitmen-hadir mesyuarat, tetapkan KPI yang jelas dan laksanakan tanggungjawab dengan serius. Kalau semua main peranan, PN boleh jadi lebih kuat ke depan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan PAS untuk menamakan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan sebagai langkah tepat dan wajar, selari dengan peruntukan perlembagaan gabungan itu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Perlembagaan PN melalui Fasal 8.3(b) menetapkan sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan, peletakan itu hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,73,126,249,541,199],"authors":[],"class_list":["post-6401","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bersatu","tag-pas","tag-pengerusi","tag-perikatan-nasional","tag-tun-faisal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6401","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6401"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6401\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6402,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6401\/revisions\/6402"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6401"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6401"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6401"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6401"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}