{"id":6408,"date":"2026-01-02T11:07:23","date_gmt":"2026-01-02T11:07:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6408"},"modified":"2026-01-02T11:07:23","modified_gmt":"2026-01-02T11:07:23","slug":"kerajaan-perpaduan-tak-tergugat-dengan-usaha-hidupkan-mn-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-perpaduan-tak-tergugat-dengan-usaha-hidupkan-mn-anwar\/","title":{"rendered":"Kerajaan Perpaduan tak tergugat dengan usaha hidupkan MN: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menepis spekulasi kononnya dakwaan wujud usaha serius untuk menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS akan menggugat Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata sebarang perbincangan berkaitan kerjasama politik adalah keputusan parti masing-masing dan belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kerajaan, , sambil menegaskan fokus utama kerajaan ketika ini adalah kestabilan dan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>\u201cItu belum serius, saya belum dapat maklumat lagi. Itu keputusan masing-masing,\u201d katanya dipetik laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kerajaan perpaduan kekal utuh dan semua parti dalam gabungan itu sepakat untuk menumpukan usaha kepada pertumbuhan ekonomi dan membantu rakyat.<\/p>\n<p>\u201cYang penting sekarang kerajaan perpaduan masih utuh dan semua telah berikan pandangan untuk menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, bela nasib rakyat sehingga PRU akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyindir spekulasi yang berlegar mengenai perpecahan politik dengan menyatakan ia bukan urusan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSoal orang yang ada idaman dan igauan, soal dia bercerai-berai, itu bukanlah masalah saya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai kebangkitan semula MN, yang pernah dibentuk pada 2019, timbul susulan ketegangan hubungan antara PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Di pihak UMNO, cadangan tersebut disokong Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh, manakala Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyatakan keterbukaan terhadap idea itu dengan syarat UMNO memutuskan hubungan dengan DAP.<\/p>\n<p>Ditanya sama ada pergolakan dalam kalangan pembangkang memberi kelebihan kepada kerajaan, Anwar enggan mengulas lanjut.<\/p>\n<p>\u201cItu masalah mereka, tak campur. Cerai-berai ini bukan masalah kerajaan perpaduan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin Yassin menyifatkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN sebagai langkah strategik dan menegaskan Bersatu kekal komited dalam gabungan itu.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula mengesahkan PAS akan mengambil alih kepimpinan PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menepis spekulasi kononnya dakwaan wujud usaha serius untuk menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS akan menggugat Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri berkata sebarang perbincangan berkaitan kerjasama politik adalah keputusan parti masing-masing dan belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kerajaan, , sambil menegaskan fokus utama kerajaan ketika ini adalah kestabilan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,1136,1737,126,541,18,146],"authors":[],"class_list":["post-6408","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kerajaan-perpaduan","tag-muafakat-nasional","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6408","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6408"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6408\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6409,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6408\/revisions\/6409"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6408"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6408"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6408"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6408"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}