{"id":642,"date":"2025-06-08T07:37:22","date_gmt":"2025-06-08T07:37:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=642"},"modified":"2025-06-08T07:37:22","modified_gmt":"2025-06-08T07:37:22","slug":"tiada-kebocoran-data-telco-digunakan-mcmc-untuk-statistik-rasmi-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-kebocoran-data-telco-digunakan-mcmc-untuk-statistik-rasmi-fahmi\/","title":{"rendered":"Tiada kebocoran, data telco digunakan MCMC untuk statistik rasmi: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Maklumat data peribadi individu yang dikongsi syarikat telekomunikasi (telco) dijamin selamat dan tidak akan mendedahkan maklumat data peribadi individu, kata Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi menjelaskan isu mengenai laporan sebuah media berhubung data telefon bimbit dengan menjelaskan ia bertujuan untuk penggunaan pengumpulan maklumat yang lebih terperinci mengenai mutu, tahap perkhidmatan dan jumlah pengguna di sesebuah mukim atau daerah.<\/p>\n<p>\u201cSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum. Arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk menyerahkan data panggilan telefon merupakan keputusan Kabinet.<\/p>\n<p>\u201cIa bertujuan untuk pengumpulan data bagi tujuan pengetahuan statistik rasmi. Sekarang ini banyak daripada maklumat tentang sektor telekomunikasi masih bersifat terlalu umum,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Korban Perdana Perpaduan UMNO, Lembah Pantai 2025 hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama pada majlis itu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan anak kepada Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fahmi berkata, data pengguna yang diperoleh daripada Telco bertujuan menambah baik infrastruktur rangkaian.<\/p>\n<p>Ujarnya, data berkenaan adalah untuk kegunaan Jabatan Perangkaan (DOSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi merangka dasar berkaitan industri telekomunikasi.<\/p>\n<p>\u201cDOSM nanti dia boleh buat laporan dan MCMC pun boleh buat beberapa keputusan tentang dasar berdasarkan bukti, jadi dia lebih kepada Telco dan juga penggunaan 4G dengan 5G dan jalur lebar,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, portal\u00a0<em>South China Morning Post<\/em>\u00a0melaporkan syarikat-syarikat telekomunikasi diminta untuk menyerahkan rekod terperinci panggilan telefon dan penggunaan internet.<\/p>\n<p>Laporan itu mendakwa MCMC meminta log panggilan dan internet terperinci untuk tiga bulan pertama tahun ini, berkemungkinan bagi projek \u201cData Telefon Bimbit\u201d kerajaan, menurut laman berita itu yang memetik dua sumber industri tdak dinamakan.<\/p>\n<p>Laporan itu menyatakan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan.<\/p>\n<p>South China Morning Post mendakwa telah melihat surat yang dihantar kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Maklumat data peribadi individu yang dikongsi syarikat telekomunikasi (telco) dijamin selamat dan tidak akan mendedahkan maklumat data peribadi individu, kata Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi menjelaskan isu mengenai laporan sebuah media berhubung data telefon bimbit dengan menjelaskan ia bertujuan untuk penggunaan pengumpulan maklumat yang lebih terperinci mengenai mutu, tahap perkhidmatan dan jumlah pengguna di sesebuah mukim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":166,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[437,49,16,454,441,455],"authors":[],"class_list":["post-642","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-data","tag-fahmi-fadzil","tag-mcmc","tag-peribadi","tag-scmp","tag-telco"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=642"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":643,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/642\/revisions\/643"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/166"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=642"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}