{"id":6423,"date":"2026-01-03T01:05:40","date_gmt":"2026-01-03T01:05:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6423"},"modified":"2026-01-03T01:22:08","modified_gmt":"2026-01-03T01:22:08","slug":"firma-pelaburan-jangka-rmk13-dan-pengukuhan-ringgit-akan-jadi-pemacu-pasaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/firma-pelaburan-jangka-rmk13-dan-pengukuhan-ringgit-akan-jadi-pemacu-pasaran\/","title":{"rendered":"Firma pelaburan jangka RMK13 dan pengukuhan ringgit akan jadi pemacu pasaran"},"content":{"rendered":"<p>Faktor domestik seperti pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) serta pengukuhan nilai ringgit dijangka menjadi pemacu utama prestasi pasaran pada suku pertama 2026.<\/p>\n<p>Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata, sentimen pasaran dijangka bertambah baik selepas tahun 2025 yang penuh ketidaktentuan, termasuk rasionalisasi subsidi dan kesan tarif timbal balik 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas produk Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut firma pelaburan itu, hala tuju ringgit yang semakin stabil dan cenderung mengukuh bakal memberi sokongan kepada pasaran.<\/p>\n<p>\u201cKami menjangkakan ringgit diniagakan antara RM3.90 hingga RM4.10 berbanding dolar AS dalam beberapa bulan akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, jangkaan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat berpotensi melemahkan dolar AS, sekali gus memberi kelegaan kepada sektor domestik seperti pengguna, amanah pelaburan hartanah (REIT) dan perbankan.<\/p>\n<p>\u201cIni boleh membantu meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan dan sentimen pelabur,\u201d menurut nota itu.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai TMM 2026, Malacca Securities menjangkakan sektor pelancongan akan muncul sebagai antara pemacu ekonomi terbesar tahun depan.<\/p>\n<p>Kerajaan menyasarkan 47 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan anggaran RM329 bilion terimaan pelancongan. \u201cInisiatif ini berpotensi melonjakkan imej Malaysia sebagai destinasi global yang mampan dan bernilai tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sentimen positif itu dijangka memberi kesan limpahan kepada sektor penerbangan, hospitaliti, REIT, penjagaan kesihatan dan pengguna.<\/p>\n<p>Bagi sektor penjagaan kesihatan pula, prospeknya kekal cerah selari dengan peningkatan populasi warga emas.<\/p>\n<p>\u201cPermintaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, penyelesaian persaraan dan produk mesra warga emas dijangka terus meningkat dalam jangka panjang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam sektor teknologi, firma itu melihat kerjasama strategik antara ARM Holdings dan Malaysia serta kolaborasi YTL dengan Nvidia sebagai langkah penting yang mengukuhkan kedudukan negara dalam rantaian nilai semikonduktor dan kecerdasan buatan.<\/p>\n<p>\u201cMomentum ini dijangka memberi manfaat khususnya kepada pemain perkhidmatan pembuatan elektronik, terutama di Johor,\u201d katanya, sambil menambah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura bakal menjadi pemangkin pertumbuhan jangka panjang negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Faktor domestik seperti pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) serta pengukuhan nilai ringgit dijangka menjadi pemacu utama prestasi pasaran pada suku pertama 2026. Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata, sentimen pasaran dijangka bertambah baik selepas tahun 2025 yang penuh ketidaktentuan, termasuk rasionalisasi subsidi dan kesan tarif timbal balik 19 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1527,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,285,476,18,394,1114],"authors":[],"class_list":["post-6423","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-madani","tag-pasaran","tag-pmx","tag-ringgit","tag-rmk13"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6423","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6423"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6423\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6424,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6423\/revisions\/6424"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1527"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6423"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6423"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6423"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6423"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}