{"id":6428,"date":"2026-01-03T01:30:58","date_gmt":"2026-01-03T01:30:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6428"},"modified":"2026-01-03T01:30:58","modified_gmt":"2026-01-03T01:30:58","slug":"pas-punca-konflik-dalam-gabungan-dan-sukar-bekerjasama-pemuda-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-punca-konflik-dalam-gabungan-dan-sukar-bekerjasama-pemuda-amanah\/","title":{"rendered":"PAS punca konflik dalam gabungan dan sukar bekerjasama: Pemuda Amanah"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan supaya PAS menyertai Kerajaan Perpaduan perlu dinilai secara rasional dan berasaskan rekod sebenar parti itu dalam sejarah politik negara, kata Fadhli Umar Aminolhuda.<\/p>\n<p>Exco Pemuda Amanah Nasional itu berkata, pengalaman lalu menunjukkan PAS sering menjadi punca ketegangan dan perpecahan dalam gabungan politik yang disertainya, sama ada dalam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Menurutnya, kebanyakan gabungan tersebut berakhir dengan konflik dalaman, percanggahan keputusan dan perubahan hala tuju politik.<\/p>\n<p>\u201cSejarah ini bukan perkara kecil. Ia perlu dijadikan pengajaran apabila menilai sebarang cadangan melibatkan PAS,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Fadhli Umar turut mengingatkan episod penolakan PAS terhadap cadangan melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, yang disifatkan hampir mencetuskan krisis politik di negeri itu.<\/p>\n<p>Katanya, corak politik PAS yang sukar menerima konsensus dan kerap bertembung dengan rakan gabungan wajar diberi perhatian serius.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mengiktiraf kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya berjaya memulihkan kestabilan politik negara selepas krisis berpanjangan susulan Langkah Sheraton pada 2020.<\/p>\n<p>\u201cKestabilan ini telah mengembalikan keyakinan ekonomi, mengukuhkan nilai ringgit dan memastikan kadar inflasi kekal rendah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan situasi dalaman PN kini sebagai ironik apabila gabungan itu berdepan perpecahan selepas gagal menjatuhkan kerajaan, sehingga ada pemimpin utamanya mengambil keputusan meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>Mengulas kebimbangan bahawa penyertaan PAS boleh menjejaskan kedudukan Amanah, Fadhli Umar menegaskan parti itu mempunyai asas perjuangan yang konsisten dan kukuh.<\/p>\n<p>\u201cAmanah tidak bergantung kepada siapa yang masuk atau keluar kerajaan. Kekuatan kami terletak pada nilai dan komitmen kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, walaupun terbuka menerima pandangan rakan-rakan dalam Angkatan Muda Keadilan Selangor, semua pihak diingatkan agar tidak melupakan sejarah.<\/p>\n<p>\u201cPolitik menuntut kebijaksanaan dan kejujuran dalam membina kepercayaan bersama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan supaya PAS menyertai Kerajaan Perpaduan perlu dinilai secara rasional dan berasaskan rekod sebenar parti itu dalam sejarah politik negara, kata Fadhli Umar Aminolhuda. Exco Pemuda Amanah Nasional itu berkata, pengalaman lalu menunjukkan PAS sering menjadi punca ketegangan dan perpecahan dalam gabungan politik yang disertainya, sama ada dalam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun Perikatan Nasional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6429,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,2819,1136,126,171,146],"authors":[],"class_list":["post-6428","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-fadhli-umar-aminolhuda","tag-kerajaan-perpaduan","tag-pas","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6428","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6428"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6428\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6430,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6428\/revisions\/6430"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6429"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6428"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6428"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6428"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6428"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}