{"id":6450,"date":"2026-01-04T11:08:01","date_gmt":"2026-01-04T11:08:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6450"},"modified":"2026-01-04T11:08:01","modified_gmt":"2026-01-04T11:08:01","slug":"pm-dijangka-umum-langkah-baharu-bantu-ekonomi-rakyat-esok-loke","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-dijangka-umum-langkah-baharu-bantu-ekonomi-rakyat-esok-loke\/","title":{"rendered":"PM dijangka umum langkah baharu bantu ekonomi rakyat esok: Loke"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa langkah penting berkaitan isu kritikal yang memberi kesan langsung kepada rakyat dalam Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), esok.<\/p>\n<p>Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, amanat tersebut akan berlangsung selepas Anwar mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri pada jam 9 pagi bagi membincangkan isu-isu mendesak yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cEsok merupakan hari Isnin pertama bulan Januari dan Perdana Menteri memanggil mesyuarat khas Jemaah Menteri untuk membincangkan beberapa perkara terdesak.<\/p>\n<p>\u201cSelepas itu, beliau akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu pada jam 11.30 pagi bersama warga JPM,\u201d katanya ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Melaka Ke-25, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Loke, amanat berkenaan dijangka menjadi platform utama untuk kerajaan mengumumkan langkah-langkah baharu yang lebih tegas dan berfokus, khususnya dalam usaha menangani tekanan ekonomi, cabaran pendidikan serta agenda reformasi institusi.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin esok akan ada beberapa pengumuman penting yang mencerminkan komitmen tinggi Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, isu ekonomi kekal menjadi kebimbangan utama terutama dalam kalangan komuniti perniagaan yang berdepan persekitaran dan iklim perniagaan yang mencabar.<\/p>\n<p>Katanya, antara perkara yang dijangka diberi perhatian ialah langkah menangani rungutan komuniti perniagaan termasuk isu pemulangan semula cukai serta inisiatif lain bagi merangsang keyakinan dan aktiviti ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cDalam isu ekonomi, komuniti perniagaan mengeluh tentang pelbagai cabaran. Saya percaya pengumuman positif akan dibuat esok untuk menangani isu kritikal seperti ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah Loke, Amanat Tahun Baharu itu bukan sekadar ucapan simbolik, sebaliknya akan menjadi garis panduan hala tuju negara sepanjang tahun ini dengan penekanan kepada pelaksanaan dasar dan tindakan susulan yang lebih berkesan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa langkah penting berkaitan isu kritikal yang memberi kesan langsung kepada rakyat dalam Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), esok. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, amanat tersebut akan berlangsung selepas Anwar mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri pada jam 9 pagi bagi membincangkan isu-isu mendesak yang sedang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[508,170,63,68,285,18,506],"authors":[],"class_list":["post-6450","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anthony-loke","tag-anwar-ibrahim","tag-dap","tag-ekonomi","tag-madani","tag-pmx","tag-rakyat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6450","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6450"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6450\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6451,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6450\/revisions\/6451"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6450"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6450"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6450"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6450"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}